Sabtu, November 08, 2008

Pakar teknologi cendawan berhimpun

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
..
Bila bercerita mengenai cendawan apa yang terbayang hanya cendawan tiram kelabu yang popular di kalangan penanam.
.
Tetapi sebenarnya terdapat banyak jenis cendawan di negara ini memandangkan biodiversiti yang tinggi.
.
Bagaimanapun di negara ini industri cendawan masih di peringkat awal dan masih memerlukan banyak usaha untuk membangunkannya.
.
Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa amat bertuah kerana mempunyai pelbagai spesies cendawan yang berpotensi dimajukan dalam industri makanan dan perubatan.
.
Justeru Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya (UM), Persatuan Cendawan Malaysia, Jabatan Pertanian dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) menganjurkan Persidangan Cendawan dan Foray 2008.
.
Persidangan yang membincangkan mengenai pandangan global mengenai industri cendawan akan diadakan pada 27 hingga 29 November ini di Fakulti Sains UM.
.
Persidangan berkenaan diharap dapat menyediakan landasan bagi pakar-pakar dari seluruh dunia bagi memindahkan teknologi dan inovasi terkini dalam industri cendawan kepada usahawan tempatan.
.
Di persidangan itu, usahawan juga boleh bertukar-tukar idea dan pengalaman dengan mereka yang terlibat dalam industri berkenaan seperti penyelidik dan penanam cendawan.
.
Persidangan yang akan membincangkan mengenai sumber cendawan dan peningkatan strain, inovasi penanaman cendawan dan produk cendawan serta pemasaran sesuai dihadiri oleh usahawan cendawan, saintis, perbankan, pelajar dan pegawai kerajaan.
.
Acara sepanjang hari:
  • Pameran Cendawan Dalam Kehidupan Seharian
  • Jualan
  • Makanan dan minuman berasaskan cendawan
  • Produk - produk berasaskan cendawan
  • Pelbagai jenis cendawan segar
  • Barangan batik bercorak cendawan
  • Demonstrasi
  • Masakan resipi cendawan
  • Penjagaan kit cendawan segar
  • Penanaman cendawan jerami
    .
  • Acara lain yang menarik
    *Peraduan:
    -Mewarna
    -Melukis
    *Kutip & Kenali Cendawan Liar di laluan semula jadi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
    Ceramah mengenai cendawan
    *Makan Cendawan: Hidup Lebih Sihat dan Ceria oleh Prof. Dr. S.T. Chang
    *Vermikompos dari sisa penanaman cendawan
    *Menjinakkan Cendawan Liar oleh Prof. Dr. Thomas Volk
    *Basidiomycetes: Kepelbagaian, Peranan Ekologi and Potensi Nilai Komersial oleh Prof. Dr. E.B.G. Jones
    Mereka yang berminat boleh menghubungi Persatuan Penyelidikan Cendawan di 03-7967 6714 atau 012-6511509 (Prof. Noorlidah) - Utusan Online


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

membaca seluruh blog, cukup bagus

a> Related Posts with Thumbnails