Selasa, Februari 03, 2009

Cerita Kursus Cendawan

...
3 Feb, Puchong – Disini saya senaraikan nama para peserta yang telah hadir KURSUS TANAMAN CENDAWAN disepanjang bulan Januari hingga 1 Feb’09 dan berjaya menamatkannya dengan jayanya.
..

..
Syabas buat para peserta dan pada kali ini saya menerima responds yang sangat baik daripada para peserta dimana hasil maklumat mereka saya telah dikunjungi dengan lebih ramai lagi oleh mereka-mereka yang berminat nak melihat sendiri bagaimana cendawan itu ditanam atau dihasilkan.
..
Ada juga beberapa peserta yang agresif dimana apabila mereka balik sahaja ke rumah dan terus membina bangsal cendawan dan juga rak-rak cendawan ‘percubaan’ dan seterusnya menempah beg-beg media daripada cendawanpuchong untuk start menanam cendawan.

..
Semoga berjaya saya ucapkan. Jika ada masalah, jangan malu atau segan untuk hungungi saya. Insya ALLAH pihak cendawanpuchong akan membantu selagi termampu. So, kursus seterunya adalah pada 8 Feb, 15 Feb dan 21 Feb. Jemput mendaftar jika ada yang minat dan khabo – khabo le kek teman yang lain ya……
..


...

Nota CG: Terima kasih saya ucapkan buat rakan bisnes saya dari Cendawan Puchong di atas kesudian berkongsi cerita mereka tentang kursus cendawan yang dianjurkan. Nasihat dan pesanan saya ialah praktikkan apa yang dipelajari dan belajar daripada kesilapan. Peluang hanya datang sekali dan berusahalah dengan tekun. Selamat maju jaya buat semua warga peminat dan usahawan cendawan di seluruh Malaysia.



Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails