Khamis, April 09, 2009

Bubur aneka cendawan

Bahan-bahan
.
225g beras

1750 ml air

1 ekor ikan kembung (direbus)

6-10 biji lada hitam,

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih,

1 camca besar minyak

3 sm halia (dimayang)

150g cendawa nbutang

100g cendawan jeli hitam

100g cendawan tiram

2 camca besar minyak bijan,

2 camca santan pekat

Garam secukup rasa


Cara:
..

Masak beras bersama air. Tumbuk isi ikan bersama lada hitam, bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak, tumis halia dan masukkan semua cendawan yang dipotong nipis.
.
Apabila masak, masukkan minyak bijan dan ketepikan. Apabila beras cukup kembang dan air hampir kering, masukkan campuran isi ikan & santan. Kacau selalu hingga menggelegak.
.
Akhir sekali masukkan cendawan goreng & kacau rata. Sewaktu bubur dihidang, taburkan daun bawang, cili merah & bawang goring. Hidang untuk 4-6 orang.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails