6 April – Puchong, seperti biasa saya nak melaporkan aktiviti KURSUS CENDAWAN kami sepanjang pertengahan bulan Mac hingga 5 April. Seramai 20 peserta telah hadir dan tamat kursus praktikal yang kami jalankan dengan jayanya.
.
Peserta kali ini datangnya daripada pelbagai tempat dan daerah. Yang paling jauh daripada Kuching, Sarawak diikuti Pulau Pinang, Bachok, kelantan, Kemaman, terengganu dan juga Johor. Alhamdulillah saya dapati, para peserta amat berpuas hati dengan kursus yang dijalankan dan ada yang kata kursus yang kami berikan cukup detail sampai ke Secret Recipe sekali.
..
Ya, memang itu impian saya. Kami jalankan kursus ini secara telus dan juga iklhlas. Bak kata Awie “Tiada Rahsia Antara Kita”. Memang kami nak, para peserta bila balik dan buat perusahaan ini boleh terus maju ke hadapan. Kita mahukan beg-beg media yang dihasilkan berkualiti tinggi serta tidak banyak yang rosak dan sebagainya. Hasilnya pula meningkat serta dapat menjana keuntungan yang diidamkan.
..
Cuma bila sudah maju nanti, sila kembangkan ilmu cendawan ini pada mereka yang memerlukan.
..
OK, bulan April ini, kursus cendawan masih lagi dibuka dan masih lagi menerima kemasukkan peserta baru yang berminat. Jadi kepada yang berminat itu sila isi borang kursus yang ada kat dalam blog ini.
..
..
.
Terima kasih kepada En. Zul dari Cendawan Puchong di atas laporan kursusnya yang masih lagi hangat daripada biasa. Minggu lepas saya berjumpa dengan seorang pegawai pemasaran dari Sindora Mushrooom, Johor sedang menjual keluaran cendawannya di Pasar Tani, Kota Tinggi.
Lepas interview lebih kurang, dia beritahu ladang cendawannya sekarang buat kat Bandar Tenggara di mana kilang yang dulunya memproses balak di'transform' ke ladang cendawan. Yang menariknya ada cendawan Jeli Hitam sekali. Bila ada masa nanti saya nak pergi melawat di sana sebab menurut cerita, agak besar projeknya. Resepi yang saya poskan sebelum tu pun saya ambik daripada brosyur yang beliau edarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan