
Persekitaran rumah cendawan  yang kondusif untuk pertumbuhan cendawan adalah sangat penting. Penjagaan rumah  cendawan yang sempurna dan penyediaan ruang yang bersesuaian sangat diperlukan.  Selain itu, suhu dan kelembapan juga adalah faktor kritikal yang perlu dijaga  untuk memastikan cendawan dapat menghasilkan pengeluaran yang baik.
.
a)  Persekitaran
.
Bilik cendawan perlukan persekitaran yang bersih, tersusun dan  bebas daripada bakteria, haiwan dan serangga perosak. Oleh itu, rumah cendawan  perlu dijaga dengan baik dan sempurna.
.
Antara kawalan yang dilakukan  untuk menjaga kebersihan di dalam rumah cendawan adalah  seperti:
.
Meletakkan kapur di atas rak
.
Kapur perlu ditabur di atas rak  yang kosong sebelum meletakkan beg cendawan baru. Tindakan ini bertujuan untuk  membunuh bakteria yang terdapat di sekitar rak dan rumah cendawan. Selain itu,  kawasan di sekitar rak beg cendawan yang dijangkiti penyakit juga akan  diletakkan kapur untuk mengelakkan jangkitan kepada beg cendawan yang  lain.
.
Meletakkan serai wangi di dalam rumah cendawan
.
Serai wangi perlu  diletakkan di dalam rumah cendawan berfungsi untuk menghalau dan membunuh  serangga kecil dan lain-lain haiwan perosak yang terdapat di sekitar rumah  cendawan. 
.
Serai wangi tersebut akan dicampurkan dengan sedikit air dan  diletakkan di dalam botol yang telah ditebuk sedikit lubang. Melalui lubang  tersebut, bau serai wangi akan dapat disebarkan di sekitar rumah cendawan secara  menyeluruh. Botol tersebut akan digantung di sudut depan setiap tiang rak beg  cendawan.
.
Beg cendawan rosak dan tamat jangka hayat
.
Beg cendawan yang tamat  jangkahayat, rosak, dijangkiti dan bermasalah haruslah diasingkan dan dibawa  keluar agar beg media baru dapat dibawa masuk dalam rumah cendawan untuk  menggantikan beg media yang lama. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan bakteria  daripada beg yang telah dijangkiti.
.
Penyediaan ruang yang sesuai
.
Ruang  di dalam rumah cendawan perlu mencukupi untuk aktiviti pengurusan dan  pengendalian setiap aktiviti yang berlaku di dalam rumah cendawan seperti  penyimpanan beg media baru, penuaian hasil cendawan, penjagaan air dan  pengurusan beg media yang telah tamat jangkahayat.
.
Rak Cendawan
.
Rak  cendawan yang dibina haruslah mempunyai luas dan ketinggian yang sesuai untuk  menyimpan beg cendawan. Di samping itu, rak juga perlu diletakkan pada jarak  yang sesuai dan selesa untuk pengendalian bagi aktiviti penyimpanan beg media  yang baru, menuai cendawan matang dan menyembur air.
.
Untuk penanaman  berskala kecil, jarak diantara rak yang dibina sekurang-kurangnya boleh  memuatkan seorang pekerja dengan membawa sebiji bakul dan membolehkan akiviti  penjagaan tanaman dapat dilakukan dalam rumah cendawan dengan mudah.
.
Bagi  penanaman berskala besar pula, jarak diantara rak haruslah membolehkan  kerja-kerja penuaian dibuat dengan menggunakan kereta sorong oleh pekerja yang  mengendalikan kerja-kerja tersebut.
.
b) Suhu dan Kelembapan dalam Rumah Cendawan
.
Suhu dan kelembapan adalah aspek penting yang perlu  dititikberatkan dalam mengendalikan rumah cendawan kerana ia sangat mempengaruhi  pertumbuhan cendawan dan hasil cendawan yang bakal  diperolehi.
.
Persekitaran semulajadi iaitu suhu pada siang hari samaada  pada hari panas dan hujan adalah mempengaruhi suhu dan kelembapan di dalam rumah  cendawan secara langsung.
.
Selain itu, pemilihan reka bentuk dan bahan  yang digunakan untuk membuat bangunan rumah cendawan juga menjadi faktor yang  mempengaruhi suhu dan kelembapan dalam rumah cendawan. penting kerana ia akan  mempengaruhi tumbesaran cendawan dan juga ketahanan beg media itu  sendiri.
.
Bangunan yang dibina menggunakan konkrit
.
Faktor  kelembapan akan dipengaruhi oleh suhu dan haba yang terperangkap di dalam rumah  cendawan tersebut.
.
Secara teori, udara panas yang mempunyai ketumpatan  yang rendah akan naik ke atas dan apabila udara tersebut menjadi sejuk iaitu  dalam ketumpatan yang tinggi udara tersebut akan turun. Proses ini dipanggil  proses perolakan. Selain itu, beg media tersebut akan mengeluarkan haba melalui  pemecahan spora dan mengurangkan kelembapan dalam rumah cendawan.
.
Suhu  dan kelembapan yang kondusif untuk pertumbuhan cendawan
.
Suhu yang sesuai  untuk rumah cendawan adalah pada suhu bilik iaitu antara 25-27'c.
.
Manakala,  kelembapan yang bersesuaian adalah antara 80-83 peratus kelembapan.
.
Perlu  diletakkan alat penyukat suhu dan kelembapan di dalam rumah cendawan untuk  mengetahui suhu dan kelembapan sebenar. Ia hendaklah diletakkan pada sudut  bahagian tengah rumah cendawan.
.
Kaedah kawalan suhu dan  kelembapan
.
Kaedah kawalan suhu dilakukan dengan beberapa cara seperti :
.
1)  Air Paip Semburan
2) Air Hujan Tiruan
3) Kipas Udara
.
Air Paip  Semburan
.
Oleh itu, kaedah pertama iaitu air paip semburan digunakan untuk  mengatasi masalah ini. Semburan akan dilakukan dengan menyiram di hujung beg  media dan juga lantai rumah cendawan. Kaedah ini akan mengurangkan jumlah udara  yang panas naik ke atas.
.
Siraman air menggunakan paip semburan akan  dilakukan sebanyak 5 kali dalam sehari iaitu pada jam 11.00am, 3.00 pm, 5.30pm  dan 12.00pm dan 7.00am pada hari panas dengan suhu biasa 28º-32º untuk  mengekalkan suhu pada 25º-30º.
Pada hari hujan sepanjang hari, siraman pada  beg dan bunga cendawan akan dikurangkan, hanya lantai akan diberi air yang  lebih.
.
Teknik menyembur air yang betul:
.
- Berdiri di tengah laluan antara rak cendawan sambil memegang paip semburan.
- Menyembur bahagian lantai sehingga betul-betul basah dan lembap.
- Selang-selikan semburan dengan menyembur ke arah beg cendawan untuk melembapkan sedikit beg cendawan.
- Elakkan menyembur air terlalu banyak pada bunga cendawan untuk mengelakkan bunga cendawan daripada basah, membesar dengan lebih cepat dan merekah.
- Pada hari panas, rumah cendawan perlu disiram air yang lebih dan pada hari hujan pula, air yang disembur ke atas beg cendawan mestilah dikurangkan.
.
Kipas
.
Kipas digunakan untuk membawa masuk udara yang  sejuk daripada luar dan menyejukkan udara panas di dalam rumah cendawan. Proses  perolakan berlaku secara gelora disebabkan udara daripada kipas tersebut.  Sebahagian udara yang sejuk akan turun, manakala udara yang panas akan keluar  melalui lubang di atas bumbung tersebut.
.
Air Hujan Tiruan
.
Hujan tiruan  akan dipasang sewaktu cuaca panas kerana proses sinaran yang dipancarkan melalui  matahari akan memanaskan lagi udara di dalam rumah cendawan. Air tersebut akan  mengurangkan proses sinaran untuk menembusi bumbung. Udara panas yang masuk akan  dikeluarkan oleh kipas.
.
Air tersebut akan mengurangkan proses sinaran untuk  menembusi bumbung. Ia akan menyejukkan bumbung dan mengurangkan kepanasan dalam  rumah cendawan.
.
Kesimpulannya, kaedah pertama iaitu paip semburan adalah  kaedah utama digunakan dalam mengawal suhu dan kelembapan di dalam rumah  cendawan. Air yang disembur akan diberikan mengikut suhu dan kelembapan dalam  rumah cendawan yang sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan persekitarannya.  
.
Kaedah kedua dan ketiga digunakan sekiranya dinding rumah cendawan dibuat dengan  menggunakan batu-bata dan bumbung adalah zink. Ia sentiasa dilakukan sebanyak 5  kali sehari ataupun mengikut keperluan walaupun suhu kurang dari 27oC. 
.
Apabila  suhu luar melebihi 29oC ke atas, kaedah kedua dan ketiga akan digunakan untuk  mengekalkan kelembapan rumah cendawan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan