Khamis, November 11, 2010

Cendawan Jerami


Assalamualaikum...dan Selamat Sejahtera.

Adakah anda pernah dengar tentang Cendawan Jerami?

Secara saintificnya cendawan ini di kenali sebagai Volvarella Volvacea. Cendawan Jerami biasanya tumbuh liar diatas tanah, ataupun di longgokan Jerami. Olehkerana kekerapan cendawan ini dijumpai pada tompokan jerami maka iapun dikenali sebagai Cendawan Jerami.

Semasa saya kecil dulu saya selalu kutip cendawan ini diladang sawit bapa saya, tapi waktu itu cendawan ini dikutip setelah ianya seratus peratus kembang, maklumlah waktu itu saya tidak tahu yang ia sebenarnya sangat enak dimakan ketika ianya masih didalam bentuk telur. Cendawan ini ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna sedikit hitam dibahagian atasnya hasil dari permainan cahaya.

Khabarnya cendawan ini berasal dari Selatan China yang kemudiannya diperkenalkan ke Selatan Timur Asia ( Chang 1972). Cendawan amat terkenal di kalangan negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, China dan Thailand. Disana mereka giat menjadikan cendawan ini sebagai satu perusahaan secara besar-besaran dan juga sederhana.

Malangnya di Malaysia ianya masih belum menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai pertanian komersil sepertimana cendawan tiram.

Cendawan Jerami sangat kaya dengan protein dan karbohidrat bebas (N-face carbohydrate).

Ianya juga sangat dikenali sebagai makanan anti kolesterol, eritadenin dalam Cendawan Jerami dikenali sebagai penawar racun dan banyak mengandungi antibiotik yang berguna untuk pencegahan anemia. Bagi yang mengidap diabetes dan penyakit kekurangan darah adalah sangat dianjurkan makan Cendawan Jerami ini.

Di Indonesia ianya dipanggil Jamur Merang ( Jamur merujuk kepada Cendawan manakala Merang pula ialah Jerami Padi ). Pertanian penanaman Cendawan Jerami ini amatlah menggalakkan di sana sehingga ianya menjadi satu fenomena yang sangat positif. Ada yang menjalankan secara besar-besaran dan juga secara kecil-kecilan. Ianya juga menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Cendawan ini sukar untuk ditemui pada masa yang kita kehendaki kerana ianya tertakluk kepada musim. Selalunya ia tumbuh selepas hujan lebat di tompokan jerami, diladang-ladang sawit dan sebagainya. Namun dengan cara tanaman moden, kita dapat menikmati cendawan ini bila-bila masa yang kita kehendaki dan tidak lagi bergantung kepada musim.


MORFOLOGI

Sebenarnya tidak adil rasanya jika kita menamakan cendawan ini sebagai cendawan jerami. Ini kerana ianya juga tumbuh di media atau sisa-sisa tanaman yang memiliki sumber selulosa seperti sisa kapas, sisa kertas, sisa biji kopi, sisa hampas sawit, sisa sagu dan sisa kulit buah pala. Cendawan ini memiliki volva atau cawan yang berwarna coklat muda yang mana berfungsi sebagai selubung yang menyelimuti seluruh badan buah ketika masih stadia telur.

Ketika proses perkembangan tangkai dan tudung buah membesar sehingga selubongnya ter koyak dan terangkat keatas dan kulitnya tertinggal dibawah akan menjadi seperti cawan. Apabila cawan ini terbuka akan terbentuk batang dan bumbung seperti payung. Pada saat matang, pembentukan basidia dan basidiospora berwarna merah muda atau merah merun.


TUAIAN

Waktu yang paling sesuai untuk menuai cendawan ini ialah ketika stadia iaitu badan buah masih dalam bentuk telur. Namun jika lewat menuainya harganya akan jatuh dan masa jualan juga singkat sehingga beberapa jam sahaja.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails