Tanaman cendawan tiram kelabu popular di Johor
oleh Siti Hazlinda Tahir
Cendawan goreng merupakan makanan popular masyarakat Johor yang telah diwartakan oleh kerajaan Johor sejak empat bulan lalu.
Setiap gerai yang menjual kudapan petang pastinya tidak lengkap apabila hidangan cendawan goreng ini tidak disertakan sekali.
Bagi R Azmi Buang, pemilik Mushroom Biotech, kemunculan makanan popular tersebut dijadikan sebagai peluang untuk beliau menjana pendapatan.
Beliau telah mengusahakan tanaman cendawan sejak tahun 1986 secara kecil-kecilan di Kampung Siranan Baru, Skudai dengan modal awal RM2,000.
Dengan adanya teknologi moden, tanaman cendawan boleh dihasilkan dalam tempoh lima hari selepas benih cendawan terpilih disuntik dan melalui proses pengeraman.
"Cara-cara mengusahakan tanaman cendawan ini, dimulai dengan menyediakan habuk kayu getah sebagai bahan asa, kapur untuk meneutralkan asid dan polibeg.
Contoh peralatan penanaman cendawan
"Pemilihan habuk kayu gertah paling seuai untuk pertumbuhan cendawan, manakala habuk beras pula penggalak yang mana cendawan akan tumbuh dengan subur, lebar dan bersih serta gebu,"katanya.
R Azmi berkata, adunan itu dimasukkan ke dalam plastik lutsinar dan dikukus selama tujuh jam bermula pada jam 9 pagi.
"Selepas itu, ia duisejukkan selama tiga jam dan proses menyuntik benih diklalkukan.
Untuk proses penyuntikan benih, ia perlu dlakukan di tempat yang betul-betul bersih dan kering dan kemudian pindahkan ke bilik pengeraman dalam tempoh dua bulan," katanya.
R Azmi berkata, selepas dua bulan di pondok pengeraman bongkah dipindahkan ke pondok pengeluaran dengan kadar kelempbapan yang bersesuaian, bagi menghasilkan cendawan berkualiti.
"Di pondok pengeluaran kita buka penutup bongkah bagi membolehkan buah cendawan tumbuh secara semula jadi yang lazimnya dalam masa lima hari buahnya boleh dituai,"katanya.
Menurutnya, pengeluaran cendawan yang mampu dihasilkan bagi setiap hari ialah 70 kilogram dengan harga pasaran RM6 sekilogram.
Sementara itu, sejak dari tahun 2007, R Azmi banyak menerima kunjungan pelancong domestik dan luar negara untuk melihat sendiri perusahaan cendawan secara lebih dekat.
"Kehadiran pelancong yang yang datang ke sini dikendalikan menerusi proragm agrotourism anjuran kerajaan Johor dan jumlahnya boleh mencecah sehingga 10 bas pada satu hari," katanya.
Bagi pelacong, kunjungan mereka pastinya akan memahatkan memori indah apa bila mereka diberikan peluang menikati sajian nasi lemak yang istimewa berserta sambal dagang.
Harapan R azmi, dia akan dapat memperkembangkan dan meluaskan lagi pasaran cendawan terhadap pelancong yang datang di kawasan perusahaannya.
sumber : Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan