Jumaat, Disember 31, 2010

Kulat

Kulat ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrien ke dalam selnya. Kulat digunakan secara meluas oleh manusia: ragi digunakan untuk menapaikan bir dan roti, sedangkan perladangan cendawan merupakan industri yang besar di banyak negara.

Kulat ialah pengurai utama untuk bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam banyak ekosistem, dan biasa dapat dilihat ketika roti lama bercendawan.

Bagaimanapun, biologi kulat yang rumit menjangkau pengetahuan dan pengalaman biasa.

Filogeni Kulat

Dikelaskan sebagai tumbuhan pada asalnya, kulat langsung bukan tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain.

Sebenarnya, kulat kini dianggap lebih berkait dengan haiwan berbanding tumbuhan, dan kekadang dimasukkan dalam opistokon, sekumpulan monofili, bersama-sama dengan haiwan. Bagaimanapun, berbeza dengan haiwan, kulat menyerap dan bukan menginges makanannya, serta mempunyai dinding sel. Disebabkan alasan-alasan ini, kulat kini dimasukkan dalam alam sendiri, iaitu alam Kulat.

Ahli mikologi (ahli sains yang mengkaji kulat) mempercayai bahawa kulat adalah monofoli — iaitu semua jenis kulat datangnya daripada leluhur yang sama — kerana kesemua kulat mempunyai kitin di dalam dinding selnya dan merupakan heterotrof berdaya serap, selain daripada ciri-ciri serupa yang lain.


Gambaran keseluruhan

Walaupun sering tidak mudah dilihat, kulat bertumbuh di setiap persekitaran di bumi dan memainkan peranan yang amat penting di dalam kebanyakan ekosistem. Banyak kulat merupakan pengurai utama bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalamhutan, serta banyak persekitaran yang lain.

Sebilangan kulat adalah pemangsa nematod yang menangkap mangsanya melalui pelbagai cara seperti cecincin mencerut atau jaring pelekat. Jenis yang lain adalah parasit tumbuhan dan haiwan, termasuk manusia. Kulat mengakibatkan banyak penyakit seperti kutu air dan kurap dalam manusia dan penyakit Pokok Elm Belanda dalam tumbuhan.

Kulat yang lain merupakan pekongsi dalam perhubungan simbiosis dengan organisma yang lain. Umpamanya, liken dibentukkan daripada perhubungan simbosis antara alga atau sianobakteria dengan kulat. Kebanyakan tumbuhan pembuluh menerima manfaat daripada simbiosis antara akarnya dengan kulat.

Kulat mempunyai sejarah penggunaan oleh manusia yang panjang. Banyak jenis cendawan dan kulat yang lain dimakan, termasuk cendawan butang, cendawan shitake, dan cendawan tiram. Tentu saja, banyak spesies cendawan adalah beracun dan menyebabkan banyak kes sakit serta kematian setiap tahun.

Sejenis kulat unisel yang digelarkan yis digunakan untuk membakar roti dan menapaikan minuman beralkohol. Kulat juga digunakan untuk menghasilkan bahan kimia perindustrian seperti asid laktik, antibiotik, dan juga untuk membuat jean yang pudar warnanya. Beberapa jenis kulat dimakan untuk sifat psikedeliknya, baik untuk rekreasi mahupun untuk agama. Sila lihat rencana utama, Cendawan psikedelik.


sumber : Wikipedia

Rabu, Disember 29, 2010

Giant mushrooms found in Davao

MANILA, Philippines - Three giant mushrooms were found in Davao City this week.

Eddie Rezon was surprised to see the three big mushrooms inside their compound in Silka, Matina Pangi, Davao City.


One mushroom's "umbrella" measures 15 inches across, its trunk was 3 inches, and its height was 14 inches. It is so big one can put a cellphone on top of it.


The mushrooms were at first mistaken for goats because of their width and color.

Rezon would not let people touch the mushrooms as they may be poisonous.

In 2009, a giant fungus covering 2,200 acres was found at the Malheur National Forest in eastern Oregon. It is considered "the largest living organism ever found."

Prior to this, an organism with the scientific name Armillaria ostoyae covering 1,500 acres was found in 1992 in Washington state near Mt. Adams. -- Report from Elric Ayop, ABS-CBN Southern Mindanao

Isnin, Disember 20, 2010

Rusila tempuh pelbagai cabaran majukan perusahaan cendawan

KUALA TERENGGANU 2 Dis. - Segalanya tentang cendawan - selaku pengeluar, pembekal, perunding projek, pengendali kursus dan penulis buku.

Itu dunia kehidupan Rusila Yusof, 29, bekas tenaga pengajar di Universiti Pertahanan Nasional selepas meninggalkan dunia akademik dan terjun ke alam perniagaan tani.

Wanita muda dari Kampung Pengkalan Pandan Luar, Kemaman ini berdepan dengan cabaran awal namun akhirnya berjaya menguasai bidang berkenaan dengan ilmu dan pengalaman yang ditimba.

Lalu dia berkongsi apa yang dilalui dengan semua yang berminat bagi membantu mereka agar bersama-sama muncul sebagai usahawan tani sepertinya.

Tahun pertama memulakan perniagaan pada 2007, lebih separuh modal perniagaannya yang berjumlah RM40,000 'hangus' dan Rusila hampir menutup perusahaannya, Fatisha Agro Farm.

Akibat cetek kepakaran dan pengalaman, perusahaan tanaman cendawan tiram kelabu hampir keseluruhannya mati serta rosak.

Namun lulusan sarjana Muda Teknologi Kimia dan Sarjana Sains Kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, terus bertekad untuk bangkit kembali membina semula perniagaannya di atas kegagalan itu.

Kini, hasil kerja keras dan sokongan pelbagai agensi kerajaan, anak ke-11 daripada 18 orang adik-beradik itu mempunyai ladang cendawan terbesar di negeri ini.

Dia mengusahakan ladang cendawan tiram menggunakan kaedah penghasilan benih melalui tisu kultur di kawasan seluas 0.4 hektar.

Rusila yang berpendapatan lebih RM12,000 sebulankini sedang berusaha membuka sebuah lagi ladang di kawasan berdekatan berkeluasan 0.4 hektar yang dijangka menggandakan hasil dan perolehan dalam tempoh dua bulan.

Di samping mengeluarkan dan membekal sehingga lebih 1,500 kilogram cendawan segar sebulan, Fatisha Agro Farm turut menjadi konsultan dalam kursus penanaman.

"Kursus ini dijalankan berdasarkan minat dan permintaan masyarakat di negeri-negeri untuk menceburi perusahaan ini kerana modal dan kos pengeluaran yang rendah serta keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), dekat sini baru-baru ini.

Di ekspo itu selain cendawan segar, dia memperomosi dan memasarkan produk pelbagai produk makanan berasaskan cendawan dan telah dipilih sebagai satu satu produk terbaik SDSI.

Berdasarkan sambutan yang diterima terhadap kebolehpasaran produk ini, Rusila melebarkan lagi perniagaannya dengan menjadi pembekal mesin-mesin penanaman.

"Bermula November tahun lalu, pihak kami telah membekalkan kira-kira 30 buah mesin pelbagai saiz seperti mesin pengukus, pembancuh dan pengisi kepada usahawan tempatan yang berminat.

"Mesin yang dijual dari harga RM 3,000 hingga RM7,800 setiap satu dibangunkan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang dan Jabatan Pertanian,"katanya.

Pelbagai produk makanan tempatan yang berasaskan cendawan mula berada di pasaransejak Mac lalu.

"Dengan memiliki kios sendiri serta memasarkan kepada peruncit-peruncit yang lain, produk makanan seperti sos cendawan cili dan lada hitam, mee, popia dan tepung berempah mempunyai peminatnya yang tersendiri.

"Di samping itu, Fatisha juga mempunyai sebuah cafe yang antara lain menjadikan produk makanan berasaskan cendawan seperti cendawan goreng, piza, popia dan tempura sebagai menu popular," ujarnya.

Dinamakan 'Fatisha Mushroom Garden Cafe' ia dilakukan secara usahasama dengan pemenang pingat emas acara olahraga di Sukan Sea di Laos tahun lepas, Mohd. Zafril Mohd. Zuslaini dan mampu memberi pulangan sehingga RM3,000 sehari.

Dalam usaha memastikan kelangsungan perusahaan,syarikatnya berkerjasama dengan MARDI bagimembina makmal pembenihan cendawan di Pantai Timur.

"Ia bagi melakukan kaedah kultur tisu dalam aktiviti pembenihan. Di samping menjimatkan kos untuk mendapatkan anak benih, ia boleh turut dipasarkan kepada pengusaha tempatan khususnya di sekitar Pantai Timur," katanya lagi.

Dalam usaha mencambahkan minat orang ramai dalam perusahaan yang berpotensi besar ini beliau turut menghasilkan sebuah buku bertajuk 'Buat Duit Dengan Cendawan'di samping eBook panduan lengkap bagi memulakan projek.

Katanya, peluang perniagaan dalam projek penanaman cendawan yang digariskan di bawah projek permulaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diharap membantu lebih ramai pengusaha mengembangkan perusahaan mereka.

Beliau menarik perhatian, masalah utama yang dihadapi olehnya serta sebahagian besar pengusaha yang lain adalah kurangnya promosi terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

Sehubungan juga beliau akan berusaha meningkatkan promosi tentang produk-produk syarikatnya yang berada di pasaran termasuk soal kualiti dan khasiat cendawan bagi menyakinkan pengguna.

sumber: Utusan Malaysia Online





Jumaat, Disember 17, 2010

Cendawan tiram kelabu boleh dikomersial


KAMPUNG BERDANG - Di bawah peruntukan yang diberi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, seramai lima suri rumah tangga di mana dua daripadanya ibu tunggal gigih mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu bagi menjana pendapatan keluarga.

Mengusahakan projek tanaman cendawan bukan sesuatu yang mudah tanpa maklumat dan kemahiran, namun atas usaha gigih dan tunjuk ajar jabatan pertanian seseorang itu mampu mengusahakannya dengan baik.

Kini, usaha kelima-lima suri rumah itu, Zainun Abdullah, 50, dan Sabariah Ismail, 60, yang merupakan ibu tunggal, Natrah Abdul Rashid,49, Asmah mat,58, dan Aini Abdullah, 45, mula menampakkan hasil yang baik.

Zainun berkata, cendawan tiram kelabu dipilih untuk diusahakan kerana ia menjanjikan pendapatan lumayan dan tidak memerlukan menggunakan tenaga kerja yang ramai.

“Pemeliharaan cendawan dianggap mudah, tetapi perlukan pengetahuan teknikal yang baik dan cendawan boleh dihasilkan secara komersial,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tapak projek tanaman cendawannya.

Menurutnya, perusahaan cendawan hanya menggunakan kawasan kecil, tetapi perlukan keadaan sesuai.

“Kami hanya memerlukan bangsal di atas tanah seluas suku ekar dan dipecahkan kepada lima lot bagi memudahkan kami berlima menjaga dan mengutip hasil cendawan,” katanya.

Aini berkata, selain minat dalam pertanian dan membantu menjana pendapatan keluarga baik sebagai pendapatan sampingan mahupun sebagai pendapatan utama adalah tarikan utama beliau menyertainya.

“Sebelum memulakan tanaman cendawan, kami diberi taklimat oleh jabatan pertanian dan didedahkan dengan cara penyediaan benih, pemeliharaan, penjagaan dalam rumah cendawan, pengawalan serangga perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai, pemasaran dan nilai ekonominya,” katanya.

Aini berkata, projek yang sedang diusahakan mereka hasil usaha dan keprihatinan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam membantu rakyat di Parlimennya sentiasa terbela terutama golongan ibu tunggal dan miskin.

“Kami berlima memberi komitmen dan komited dengan projek tanaman itu kerana ia membantu kami menjana pendapatan sekali gus menaik taraf ekonomi.

“Projek bermula Oktober lalu di mana kami menerima 6,000 beg bongkah bijih benih dan hasilnya sudah dituai dan dijual dengan harga RM6 sekilo. Kami masih dalam percubaan dan terus berusaha mencapai matlamat menjadi penanam cendawan berjaya,” katanya.

Cendawan Tiram adalah sejenis cendawan yang telah dikenal pasti boleh dan mudah dipelihara di kawasan tanah rendah dan ianya digemari pengguna dan diterima luas di pasaran, walaupun perusahaan cendawan tidak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas, namun kemahiran teknik khusus daripada bakal pengusaha amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan.

sumber: Sinar Harian





Sabtu, Disember 11, 2010

Cendawan Butang


Bahasa Inggeris: Button Mushroom
Nama Saintifik: Agaricus bisporus

Cendawan butang ditanam dan dijual di serata dunia. Ia boleh didapati secara segar, dikeringkan, atau dalam tin. Rupanya seperti cendawan klasik, dengan batang pendek yang tebal dan ’bertopi’ putih.

Cendawan butang yang berwarna coklat selalu digelar ’cendawan crimini’. Rasanya lebih asli dan gemar digunakan oleh tukang masak untuk menambahkan kompleksiti kepada masakan. Apabila dibiarkan tumbuh lebih besar, cendawan butang dijual dengan label ’ cendawan portobello’. Cendawan portobello selalunya besar, dengan rasa kaya yang selalu dipadankan dengan daging.

Cendawan butang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Cendawan butang yang segar paling sesuai untuk pizza, salad, masakan bergoreng dan berkuah. Cendawan butang yang dikeringkan pula sesuai untuk masakan berkuah dan sebagai inti.

Hakikatnya, tiada batasan untuk menggunakan cendawan butang dalam masakan, kerana ia sesuai untuk semua jenis masakan.

Rabu, Disember 08, 2010

Jangan bertangguh lagi

Saya pasti segelintir daripada kita apabila ingin melakukan sesuatu perkara, selalu berlengah-lengah atau melambat-lambatkannya.

Kita sedar yang perkara itu adalah penting dan mungkin boleh membawakan keuntungan.

Tetapi, disebabkan beberapa faktor seperti perasaan takut mencuba, takut rugi, malu, dan takut diperli oleh orang ramai.

Maka, ianya diatnguh-tangguhkan dan akhirnya langsung tidak dilakukan.

Perasaan-perasaan negatif seperti ini haruslah dielakkan daripada fikiran kita. Ianya tidak langsung membantu dan hanya akan merugikan diri kita sendiri.

Jadi, saya menasihati diri saya dan anda , agar supaya melakukan apa jua perkara baik yang terfikir diminda anda dengan segera.

Masa itu bagaikan emas. Sekiranya anda terlewat anda mungkin akan terlepas peluang serta kejayaan yang diimpikan.

Jika anda berminat untuk memulakan projek penanaman cendawan, usahlah asyik bertangguh, apa yang perlu anda lakukan, dapatkan ilmu asas mengenainya (sila klik gambar)

dan bertindak.

Selepas itu, barulah anda boleh mendalami ilmu tersebut dengan lebih mendalam lagi dari semasa ke semasa sejajar dengan perkara-perkara baru yang anda tempuhi.
a> Related Posts with Thumbnails