Isnin, Januari 31, 2011

Kejayaan perladangan





Sebuah syarikat yang beroperasi di Mesilau, Kundasang, berhampiran kaki Gunung Kinabalu, tidak melepaskan peluang memanfaatkan cuaca sejuk kaki gunung untuk menghasilkan cendawan berkualiti tinggi dari spesies shiitake.

Borneo Mushroom ditubuhkan 18 tahun lalu, dimiliki oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah telah diberi pengiktirafan atas sumbangannya kepada industri perladangan cendawan.

Aktiviti ekonomi syarikat berkenaan tidak berorientasikan keuntungan tetapi lebih tertumpu kepada membantu usaha kerajaan dalam memerangi kemiskinan terutama di kalangan penduduk miskin luar bandar di Sabah.

Pengurus Borneo Mushroom, Jamilah Lee berkata, penglibatan KPD dalam aktiviti perladangan cendawan bermula secara kecil-kecilan pada 1989 dengan melibatkan beberapa peladang kontrak.

"Pada ketika itu, kami juga memperkenalkan skim pinjaman untuk membantu petani membeli benih dalam beg polipropelin daripada sebuah syarikat swasta.

"Pada 1991 KPD memiliki tapak semaiannya sendiri di atas sebidang tanah seluas tujuh hektar di Mesilau dan pada tahun berikutnya mula menghasilkan pembenihan dalam beg polipropelin," katanya.

Jamilah berkata, pada mulanya KPD mendapatkan kepakaran teknikal berhubung perladangan shiitake daripada pakar dari Taiwan.

"Namun kemudian saya menghadiri lagi kursus berhubung perladangan cendawan di Jepun dan China sebelum menerapkan penambahbaikan dalam teknik penanaman di sini," katanya.

Sejak itu, aktiviti pusat itu terus berkembang dengan menghasilkan empat spesies benih dan semaian cendawan - shiitake, ganoderma atau ling tze, tiram dan cendawan telinga kera.

Selain itu, pusat berkenaan juga menghasilkan cendawan segar shiitake, cendawan telinga kera ling tze kering dan kopi serta teh ling tze.

Borneo Mushroom membekalkan benih cendawan dalam beg polipropelin di samping menyediakan perkhidmatan teknikal mengenai perladangan cendawan terutama kepada peladang kontrak dan ladang KPD.

"Kini pusat berkenaan menghasilkan kira-kira 75,000 beg polipropelin sebulan untuk memenuhi permintaan peladang cendawan, terutama peladang kontrak KPD,'' ujarnya.

Beliau menambah, pada tahun lepas syarikat menghasilkan hampir 48,000 beg polipropelin benih sebulan.

Pusat itu juga mengendalikan kursus secara teori dan teknikal mengenai penanaman cendawan kepada peserta dari agensi swasta, institusi pengajian tinggi dan individu yang berminat.

"Selain peladang kontrak KPD, yuran dikenakan kepada peserta lain. Hak pembenihan shiitake hanya diberikan kepada peladang kontrak KPD.

"Peladang kontrak berkenaan sebenarnya diletakkan di bawah program membasmi kemiskinan.

"Mereka yang layak untuk menyertai peladang kontrak hendaklah daripada keluarga yang berpendapatan tidak lebih RM590 sebulan, iaitu bawah garis kemiskinan," katanya.

Buat masa sekarang, KPD mempunyai kira-kira 70 peladang kontrak yang hanya menanam cendawan shiitake.

Mereka kebanyakannya di Kundasang, Ranau dan Moyog di daerah Penampang, pantai barat Sabah.

Menurut Jamilah, selain pembenihan shiitake, peladang kontrak itu juga dilengkapkan dengan bahan binaan untuk membina rumah cendawan di samping perlu menghadiri latihan di ladang Borneo Mushroom.

"Kami juga menghantar tiga pegawai kanan untuk mengawasi perkembangan peladang kontrak setiap bulan," katanya dan menambah bahawa pusat itu kini mempunyai kira-kira 20 petugas. -BERNAMA

Khamis, Januari 20, 2011

Pulangan lumayan menanti

PASIR PUTEH 18 Jan. - Para petani digalakkan terlibat dalam tanaman cendawan tiram atau nama saintifiknya Pleurotus ostreatus secara komersial kerana ia mempunyai pasaran luas di dalam dan luar negara.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Roseley Khalid berkata, pihaknya sentiasa memberi galakan kepada petani untuk mengusahakan tanaman cendawan itu secara komersial dengan menggunakan kaedah pertanian moden.

Beliau berkata, cendawan yang merupakan spesies kulat, sudah lama diusahakan secara ladang di negara maju bagi memenuhi permintaan industri makanan dan perubatan.

Katanya, cendawan dikatakan mempunyai unsur dikenali mycelia yang mampu membunuh dan mencerna cacing gelang, selain digunakan bagi menghasilkan nitrogen.

"Ia dikatakan mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastroususbagi sesetengah orang.

"Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol, digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan. Kepelbagaian fungsi cendawan seharusnya menjadi asas untuk ia diusahakan secara komersial," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena lawatan kerja ke projek perusahaan cendawan, di Kampung Tasek Pauh, Selising, di sini.

Pengarah Pertanian negeri, Maliha Ghazali dan Pegawai Pertanian Daerah Pasir Puteh, Shukran Abdul Rahman hadir sama.

Roseley berkata, Jabatan Pertanian juga boleh menyediakan kepakaran bagi membantu belia menganggur untuk terlibat dalam projek tanaman cendawan, sekali gus meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara dalam penghasilan kulat bagi pelbagai tujuan khususnya perubatan.

"Pengeluaran hasil dalam kuantiti yang banyak dan kualiti tinggi membolehkannya dieksport ke China atau Jepun yang masyarakatnya gemar menggunakan kulat (cendawan) dalam masakan mereka.

"Apa pun, pada peringkat permulaan usaha memenuhi permintaan domestik sudah dianggap menguntungkan," katanya.

Menurutnya, kejayaan seorang belia di daerah ini, Nor Azimi Azuwal Nordin, 27, di Kampung Tasek Pauh yang mengusahakan cendawan tiram kelabu sehingga mampu memperoleh pendapatan bersih RM82,000 pada tahun lalu sepatutnya dijadikan contoh oleh golongan belia terutama yang masih menganggur.

Belia berkenaan, berkat kesungguhan Nor Azimi, dia yang dahulunya seorang peniaga pasar malam dan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini sudah berstatus petani jaya yang cemerlang.

"Buktinya, sekarang ini Nor Azimi sudah mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada 13 belia lain dengan bayaran gaji yang berpatutan. Ini adalah satu kemajuan dalam pertanian komersial," katanya.

Roseley berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian Nor Azimi itu yang kini menjadi pembekal polibag, media tanaman dan benih kulat kepada pengusaha cendawan di Pantai Timur terutama di Kelantan dan Terengganu.

Kejayaan Nor Azimi itu membolehkannya menerima Anugerah Usahawan Tani Jaya 2010 sempena Ekspo Pertanian Negeri Kelantan dan tempat kedua pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) bagi kategori usahawan cendawan tiram kelabu.

sumber : Utusan Malaysia Online

Rabu, Januari 12, 2011

Peranan dan Bantuan Jabatan Pertanian Dalam Industri Cendawan

Berikut ialah intipati daripada kertas kerja yang dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Che Hasmah Hassan bertajuk Peranan dan Bantuan Jabatan Pertanian Dalam Industri Cendawan.

Meningkatkan permintaan : Jumlah penduduk - 26 juta (2005).

* Kadar makan cendawan - 324 gram/ orang setahun.

* Keperluan cendawan negara - 8,424 tan setahun.


Sasaran Jabatan Pertanian : Jumlah penduduk - 30 juta (2010)

* Kadar makan - Dua kilogram/orang/tahun

Keperluan cendawan - 60,000 tan/tahun


Membangunkan penanaman secara komersial. Memperhebatkan khidmat pengembangan

a. Menggalakkan usahawan tani menceburi industri cendawan.

b. Mengesyorkan supaya tanaman jenis yang berpotensi ditanam.

c. Mengadakan kursus dan lawatan sambil belajar untuk melatih pengusaha.

d. Memantau dan menilai projek.


II. Khidmat perundingan swasta

a. Menyampaikan maklumat berkaitan secara insentif percukaian dan dana-dana yang disediakan oleh kerajaan.

b. Menggalakkan perkongsian pintar bagi syarikat yang tidak memiliki tanah.

c. Menggalakkan syarikat bukan pertanian melabur.

d. Menggalakkan pengusaha memohon MoA Inc.

III. Menyediakan insentif untuk usahawan

a. Jabatan Pertanian memberi insentif sebanyak RM20,000 untuk pengusaha dalam bentuk fizikal yang disalurkan ke Jabatan Pertanian Negeri.

Lain-lain bantuan - Memberi sokongan dalam mendapatkan kemudahan, pengiktirafan dan insentif dari agensi lain seperti pinjaman di bawah MoA Inc.

* Membekalkan benih induk dan benih tanaman cendawan.

* Menyokong permohonan jawatan asing dan buruh asing.

* Menemukan pengusaha dengan anchor company, pengeksport dan pasar raya besar.


Syarat menyertai MOA Inc. - Mempunyai pelan perniagaan

* Mempunyai kawasan.

* Berdaya maju dan berterusan

* Berskala besar, komersial dan menepati saiz ekonomik yang ditetapkan.

* Projek yang mempunyai pengurus.

* Menjurus kepada pensijilan Q dan keselamatan makanan.

* Pelan pemasaran yang jelas.


Pelbagai cendawan yang boleh ditanam

i. Tiram kelabu (Pleurotus sajur-caju)

ii. Tiram putih (Pleurotus florida)

iii. Tiram kuning (Pleurotus citronipileatus)

iv. Tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus)

v. Abalone (Pleurotus cystidiosus)

vi. Jerami padi (Volvariella volvaceae )

viii. Jeli hitam/telinga kera (Auricularia polyruchia)

viii. Ling zhi (Ganoderma licidum)

viii. Bunga kubis (Hericium erinceus)

ix. Perut lembu (Clitocybe sp)

x. Berangan (Agrocybe sp)

xi. Peha ayam (Coprinus sp)

xiii. Shiitake (Lentinula edodus)

xiv. Butang (Agaricus bisporus)

xv. Jarum mas (Flammulina velutipes)


sumber: Utusan Malaysia Online

Rabu, Januari 05, 2011

Wild for mushrooms: Fungi fair in Santa Cruz this weekend will highlight local pickin's

The winter rains have done their thing and wild mushrooms are popping up overnight, while locally, commercially grown mushrooms are showing up in produce departments.

Santa Cruz certainly loves mushrooms topping burgers and steaks, in soups and salads, and as appetizers and entrees. But did you know they also can help kick off your quest to eat healthy and lose weight in the new year?

Mushrooms are naturally low in carbohydrates, rich in fiber, low in sodium and high in potassium, making them a great for choice for both weight loss and heart health. According to the Mushroom Council, a serving of button mushrooms five to six is only 18 calories, has zero grams of fat and 300 mg of potassium. One medium portobello has only 22 calories and zero fat, compared to a 3-ounce beef burger with about 230 calories and 14 grams of fat.

The button mushroom, Agaricus bisporus, also called a white mushroom, is the most common edible variety. It is white or pale brown with an unopened cap. The crimini mushroom, another member of the Agaricus bisporus species, has a darker, coffee-colored cap, earthier flavor, and denser texture. Also popular are oyster mushrooms known for their delicate flavor. And shitakes, known for their healing properties, are delicious when sliced into a warm bowl of miso soup or sauteed with other foods.

Source : Santacruzsentinel






a> Related Posts with Thumbnails