Rabu, Mei 19, 2010
Masalah lalat kecil
Selasa, Mei 11, 2010
Selasa, Mei 04, 2010
Lagi ladang cendawan di Kelantan
.
Malaysia kini mengeluarkan 24,000 kilogram cendawan setiap hari, masih jauh daripada permintaan tempatan sebanyak 50,000 kilogram.
.
Untuk menggalakkan peladang menanam tanaman itu, jabatan itu menganjurkan pelbagai kursus latihan mengenai penanaman cendawan dan pemprosesan makanan, kata ECER dalam kenyataannya.
.
Antara peserta yang mendapat faedah daripada kursus itu ialah Rosmaizan Che Abdullah, yang memulakan perniagaan cendawan goreng dengan jayanya.
.
“Saya mula dengan menjual 20 bungkus cendawan goreng pada September tahun lalu, dan nampaknya ia menjadi makanan ringan yang digemari. Sekarang, pengeluaran telah meningkat kepada enam kilogram cendawan setiap hari bagi pengeluaran lebih daripada 100 bungkus cendawan goreng,” kata Rosmaizan.
.
Sasaran beliau ialah untuk menjual 500 bungkus cendawan goreng dan memasarkan produk itu di pasar raya di seluruh Kelantan dan negeri lain.
.
Cendawan tiram yang dikeluarkan dikatakan boleh merangsang pengedaran darah dengan lebih baik sambil menurunkan tekanan darah, pengumpulan lipid dan paras glukosa.
.
Setakat tahun lepas, sebanyak 334 ladang komersial cendawan ditubuhkan di Malaysia, dengan Johor mencatatkan bilangan tertinggi sebanyak 67 buah ladang.- Utusan Online
Jumaat, April 23, 2010
Shiitake atau Cendawan Hioko
.Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.
Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara.
Shiitake dalam bahasa Cina disebut (Hanzi cendawan harum"), sedangkan yang berkualiti tinggi dengan payung yang lebih tebal disebut (Hanzi: cendawan musim dingin") atau ("cendawan bunga") kerana pada bahagian atas permukaan payung terdapat motif retak-retak seperti bunga mekar.
Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol"), kerana bentuk dan aromanya seperti jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.
.
Gambaran
Cendawan shiitake tumbuh di permukaan batang kayu yang reput dari pokok Castanopsis cuspidata, Castanea crenata (berangan), dan sejenis pokok oak Quercus acutissima. Batang dari tubuh buah sering melengkung, kerana shiitake tumbuh ke atas dari permukaan batang kayu yang ditegakkan. Payung terbuka lebar, berwarna coklat tua dengan bulu-bulu halus di bahagian atas permukaan payung, sedangkan bahagian bawah payung berwarna putih.
Cendawan beracun spesis Omphalotus guepiniformis kelihatan agak serupa dengan cendawan shiitake sehingga banyak orang yang tertipu dan keracunan.
.
Sejarah penanaman
Shiitake juga dikenali dengan nama Cendawan hitam China, kerana asalnya memang dari Tanah Besar China dan sudah ditanamkan sejak 1,000 tahun yang lalu. Sejarah pertama tertulis tentang penanaman shiitake ditulis Wu Sang Kuang pada zaman Dinasti Song (960-1127), walaupun cendawan ini sudah dimakan orang di China sejak tahun 199 Masihi.
Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), doktor bernama Wu Juei menulis bahawa cendawan shiitake bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga sebagai ubat untuk penyakit saluran nafas, melancarkan peredaran darah, meredakan radang hati, memulihkan lelah dan meningkatkan tenaga chi. Shiitake juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan.
.
Penggunaan dalam masakan
Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.
Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.
Di Jepun, shiitake merupakan isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake.
Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.
Khamis, April 22, 2010
CENDAWAN
(Dipetik dari majalah Agromedia Bil. 7/1999) Cendawan ialah sejenis sayur yang lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi pelbagai zat pemakanan yang baik untuk kesihatan.
Cendawan memerlukan bahan organik yang telah reput seperti kayu dan daun sebagai makanan. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian di atas permukaan media pertumbuhan (substrat) yang dinamakan jisim berbuah dan di dalam substrat iaitu bahagian tampang. Jisim berbuah terdiri daripada tudung yang sedap dimakan dan tangkai.
.
Di bawah permukaan tudung terdapat insang-insang yang menghasilkan biji benih iaitu spora. Bahagian tampang berfungsi untuk menyerap bahan makanan melalui struktur seperti akar yang terdiri daripada miselium iaitu sekumpulan bebenang hifa yang halus. Miselium mengeluarkan enzim yang dapat menghancurkan bahan organik sebelum ia diserap untuk pertumbuhan dan pembiakan.Jenis cendawan yang banyak ditanam di Malaysia pada masa ini ialah:
- Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida)
- Tiram Kelabu (P. Sajor-caju)
- Abalon (P. cystidiosus)
- Shitake (Lentinus edodes) dan
- Cendawan Telinga Kera (Auricularia polytricha)
- Cendawan abalon, tiram putih dan kelabu yang segar amat popular, diikuti cendawan kering shitake, cendawan butang dalam tin, abalon dan cendawan jerami padi.
Dewasa ini terdapat ratusan pengusaha yang menanam cendawan. Antara faktor yang mendorong mereka berbuat demikian ialah cendawan mengandungi khasiat pemakanan dan perubatan, mendapat keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat, bahan sampingan pertanian dan industri yang banyak (hampar kapas, habuk kayu getah dan habuk kelapa sawit) dapat menjimatkan kos substrat dan pasaran cendawan segar yang cerah.
Umumnya, mereka terdiri daripada penanam padi, penanam sayur, pengusaha kantin, pesara dan kakitangan kerajaan. Negeri Selangor mempunyai paling ramai penanam cendawan diikuti dengan negeri Kedah, Pahang, Perlis, Johor dan Melaka. Perantaraan pasaran cendawan segar terdiri daripada pasar tani dan pasar malam bagi pengusaha umum, pengguna institusi (hotel, restoran, pasar raya) dan juga pengeksport. Harga bergantung pada jenis dan kualiti cendawan segar yang dipasarkan. Pada umumnya harga runcit antara RM3.00-RM11.00/kg.
..
Oleh sebab permintaan melebihi bekalan, harga dan import cendawan meningkat dari setahun ke setahun. Contohnya, pada tahun 1996 cendawan segar yang sejuk dan terproses telah dimport sebanyak 25 ribu tan bernilai RM52 juta, berbanding dengan hanya 3 ribu tan bernilai RM22 juta pada tahun 1990.
Pihak institusi merupakan pengguna terbesar komoditi cendawan ini. Jumlah penggunaan setiap bulan bagi cendawan segar, cendawan kering dan cendawan dalam tin, masing-masing ialah 41.79%, 50.55% dan 7.75%. Manakala purata harga belian masing-masing pula ialah RM11.00/kg. RM71.00/kg dan RM2.14/tin.
.
Jenis masakan yang dihidangkan dengan menggunakan cendawan bagi restoran dan hotel mengikut keutamaan ialah sayur campuran, masak dengan daging, masak dengan ayam atau itik, masak dengan ikan, sup cendawan dan masak cendawan sahaja.
Memandangkan penggunaan dan pengimportan cendawan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun maka pengeluaran cendawan tempatan oleh pengusaha sangatlah cerah.

