Isnin, Ogos 27, 2007

Cendawan Shiitake

Permintaan tinggi terhadap cendawan shiitake atau nama saintifiknya `Lentinus Edodus' di pasaran tempatan mendorong ramai pengusaha berminat menceburi penanamannya.

Antara faktor yang menggalakkan pengusaha menanam dan juga minat pengguna terhadap cendawan shiitake ialah kerana khasiatnya. Berikut adalah antara khasiat dan sebab kenapa ia semakin menjadi pilihan ramai :

Faedah dan kegunaan

  • Mengandungi Lentinan iaitu ubat antikanser. Juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara
  • Merencat kejadian semula kanser
  • Meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrofaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin

Substrat / Media
  • Habuk kayu getah
  • Batang kayu jenis semi-hard wood
...
Pemeraman
  • Jangka masa : 30-45 hari
  • Suhu sesuai:20-25 c
..
Pengeluaran Hasil

Jangka masa :23-25 minggu

Suhu sesuai : 25-30 c



Hasil / Beg (1 kg Media)
  • 100-200gm/beg


Catatan

Hanya boleh ditanam di tanah tinggi kerana pertumbuhan cendawan memerlukan suhu yang sejuk. Penanaman shiitake mudah diceburi dan hanya memerlukan pengawasan rapi untuk menghasilkan produk bermutu tanpa menggunakan teknologi moden.

Mengenai kaedah penanaman, langkah pertama membabitkan urusan mencampur dan membungkus habuk papan dan dedak padi, sebelum benih shiitake dimasukkan dan disimpan dalam pondok khas.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails