Khamis, Ogos 30, 2007

Cendawan Abalone


Nama saintifiknya ialah Pleurotus cystidiosus dan biasanya dipanggil Abalone.

Subsrat Media

  • Habuk kayu getah
  • Kapas

Pemeraman

  • Jangka masa : 45 – 50 hari
  • Suhu sesuai : 28°C - 30°C
Pengeluaran Hasil
  • Jangka masa : 10 – 12 minggu
  • Suhu sesuai : 30°C - 32°C
Hasil / Beg (1kg media)
  • 400 – 450gm/beg
Catatan
Ditanam untuk dieksport.

Rabu, Ogos 29, 2007

Cendawan Jerami Padi

Nama saintifiknya ialah Volvariella volvaceae atau Cendawan Jerami Padi. Ia biasanya ditanam di tempat yang biasa dan tidak memerlukan suhu sejuk.

Subsrat Media

  • Habuk kayu getah
  • Kapas
  • Tandan kelapa sawit

Pemeraman

  • Jangka masa : 45 – 60 hari
  • Suhu sesuai : 28°C - 30°C

Pengeluaran Hasil

  • Jangka masa : 10 – 12 minggu
  • Suhu sesuai : 30°C - 32°C


Hasil / Beg (1kg media)

  • 200 – 250gm/beg

Catatan
Sesuai untuk ditinkan dan berpotensi besar untuk dikomersilkan dan dieksport.

Isnin, Ogos 27, 2007

Cendawan Shiitake

Permintaan tinggi terhadap cendawan shiitake atau nama saintifiknya `Lentinus Edodus' di pasaran tempatan mendorong ramai pengusaha berminat menceburi penanamannya.

Antara faktor yang menggalakkan pengusaha menanam dan juga minat pengguna terhadap cendawan shiitake ialah kerana khasiatnya. Berikut adalah antara khasiat dan sebab kenapa ia semakin menjadi pilihan ramai :

Faedah dan kegunaan

  • Mengandungi Lentinan iaitu ubat antikanser. Juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara
  • Merencat kejadian semula kanser
  • Meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrofaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin

Substrat / Media
  • Habuk kayu getah
  • Batang kayu jenis semi-hard wood
...
Pemeraman
  • Jangka masa : 30-45 hari
  • Suhu sesuai:20-25 c
..
Pengeluaran Hasil

Jangka masa :23-25 minggu

Suhu sesuai : 25-30 c



Hasil / Beg (1 kg Media)
  • 100-200gm/beg


Catatan

Hanya boleh ditanam di tanah tinggi kerana pertumbuhan cendawan memerlukan suhu yang sejuk. Penanaman shiitake mudah diceburi dan hanya memerlukan pengawasan rapi untuk menghasilkan produk bermutu tanpa menggunakan teknologi moden.

Mengenai kaedah penanaman, langkah pertama membabitkan urusan mencampur dan membungkus habuk papan dan dedak padi, sebelum benih shiitake dimasukkan dan disimpan dalam pondok khas.

Jumaat, Ogos 17, 2007

Cendawan Jarum Emas


Nama saintifiknya ialah Flemmulina velutipes atau biasa dipanggil Cendawan Jarum Emas.

Khasiat Pemakanan

  • Toksik terhadap sel tumor

  • Cytotoxic towards tumor cells

  • Meningkatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan kulat dan virus

  • Increase immune system : antifungal and antiviral

  • Anti radangan

  • Anti-inflammatory, immunomodulating property

  • Anti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA sel

  • Genoprotective activity - prevent hydrogen peroxidase - induced oxidate damage to cellular DNA

Khamis, Ogos 16, 2007

Cendawan Butang

Cendawan merupakan kulat daripada Thalophyta. Jenis yang tidak beracun yang boleh dimakan adalah daripada famili Agaricaceae. Contoh cendawan yang ditanam adalah cendawan kelabu, cendawan telinga kera, cendawan butang dan cendawan abalone.

Cendawan butang atau saintifiknya ialah Agaricus bisporus. Bentuknya yang cantik menjadikan ia sangat popular apabila merujuk kepada cendawan. Ia banyak dibuat dalam bentuk paket di super market, dijual segar, ditinkan dan disejuk beku.

Khasiat Pemakanan

  • Merencatkan kejadian semula kanser
  • Mengandungi lantinan iaitu ubat antikanser
  • Meningkatkan sistem imun badan


Kandungan Kalori dan Nutrisi dalam 100gm

  • Kalori : 15
  • Protein : 2.3
  • Karbohidrat : 0.5
  • Lemak : 0.4
  • Serat : 1.3

Selasa, Ogos 07, 2007

Cendawan Bunga Kobis

Nama saintifiknya ialah Hericium erinaceum atau monkeyhead mushroom. Masih kurang popular dan dikenali ramai, namun mempunyai potensi yang besar untuk dikomersilkan.

Khasiat Pemakanan

  • Merangsang faktor pertumbuhan saraf : berpotensi untuk merawat penyakit gangguan saraf seperti dementia, trauma saraf akibat strok dan penyakit Azheimer.
  • Memperbaiki otot / gerak balas motor dan fungsi kognitif
  • Lektin-merencat pengumpulan sel darah merah
  • Merawat ulser perut
  • Meningkatkan system imun


Substrat / Media

  • Habuk Kayu Getah
  • Kapas

.....
Pemeraman

  • Jangka masa : 30-45 minggu
  • Suhu sesuai : 28-30C

..

Pengeluaran hasil

  • Jangka masa : 20-27 minggu
  • Suhu sesuai : 28-30C

..

Hasil / beg (1 kg media)

  • 300-350 gm / beg

..

Catatan

  • Berasal dari tanah tinggi dan penanamannya memerlukan kawasan yang bersuhu rendah.

Cendawan Sisik / Kukur

Nama saintifik ialah Schizophyllum Commune. Jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Pada masa kini, ia masih belum dikomersilkan secara besar-besaran dan berpotensi sebagai varieti kepada tanaman cendawan yang sedia ada.

Khasiat Pemakanan
  • Mengandungi Schizophyllon iaitu ubat antitumor dan kanser
  • Meningkatkan sistem imun : anti-radangan, anti-bakteria dan antiparasit
  • Melindungi hati


Substrat / Media

  • Habuk Kayu Getah
  • Batang Kayu


Pemeraman

  • Jangka masa : 21-25 hari
  • Suhu sesuai : 28-30C

Pengeluaran Hasil

  • Jangka masa : 2-3 minggu
  • Suhu sesuai : 30-32C

Hasil/beg (1kg media)

  • 40-50gm
    150-200gm

Catatan

Biasa tumbuh liar pada batang kayu mati. Boleh juga dimasak sebagai sayuran tambahan dan selalunya dibuat masak lemak. Bestnya!!

Ahad, Ogos 05, 2007

Cendawan Telinga Kera / Jeli Hitam


Cendawan Jeli Hitam atau Telinga Kera (Auricularia auricula-judae) semakin mendapat tempat di kalangan penggemar cendawan. Ini kerana rasanya yang enak dan juga penanaman yang mudah serta sebagai varieti kepada cendawan yang sedia ada. Berikut adalah antara kandungan khasiatnya:

Khasiat Utama
  • Merawat gangguan kardiovaskular : memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid
  • Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA
  • Boleh mengurangkan berat badan

Substrat/Media

  • Habuk Kayu Getah
  • Kapas

Pemeraman

  • Jangka masa : 25-35 hari
  • Suhu sesuai : 28-30c

Pengeluaran Hasil

  • Jangka masa : 10 - 12 minggu
  • Suhu sesuai : 30-32c

Hasil/beg (1kg media)

  • 150-200 gm/beg

Catatan

Masih belum popular di kalangan pengusaha. Banyak diimport dalam bentuk kering. Mempunyai potensi yang besar untuk berkembang di pasaran tempatan sekiranya diusahakan secara komersil.

Khamis, Ogos 02, 2007

Cendawan Ling Zhi / Ganoderma

Nama saintifiknya ialah Lentinus edodes atau biasa di kalangan masyarakat kita memanggilnya Ganoderma.
..
Mengikut sejarah, cendawan ini merupakan paling awal digunakan dalam perubatan beribu tahun dahulu terutama oleh masyarakat di Negara China. Ini kerana manfaat dan kandungan perubatan yang tinggi terkandung di dalamnya.
..
Khasiat Pemakanan
  • Menghalang dan merawat kanser
  • Meningkatkan sistem imun : anti-allergik, anti-radang, antiviral,antibakteria dan antioksidan.
  • Melegakan / merawat paru-paru yang rosak akibat athma dan masalah pernafasan lain
  • Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi

..

Substrat / Media

  • Habuk kayu getah
  • Batang kayu jenis semi-hard wood
..

Pemeraman

  • Jangka masa : 30-45 hari
  • Suhu sesuai:20-25C

..

Pengeluaran Hasil

  • Jangka masa:23-25 minggu
  • Suhu sesuai:25-30C

..

Hasil / beg (1 kg media)

  • 100-200gm/beg

..

Catatan

Hanya boleh ditanam di tanah tinggi kerana pertumbuhan cendawan memerlukan suhu yang sejuk.

a> Related Posts with Thumbnails