Sabtu, Mei 02, 2009

Ayam Masak Cendawan Ala Cina

Bahan-bahan:
.
½ ekor ayam
8 keping cendawan Jeli Hitam / Telinga Kera – direndam ½ jam
1 inci halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
6 ulas bawang putih – dicincang
4-5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

..
Cara memasak:

..
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).

..
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun takpe.

..
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.


4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
..
5. Selepas itu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
..
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit). Sedia untuk dihidangkan.



1 ulasan:

★ Crazy Drile™ berkata...

Hello!...Im going to Malaysia, thailand, China, Hong Kong, Macau and more!

I have one travel website and I'll hope you can give some advices in my website about tipycal food in Malaysia and Asia...

Greetings from Australia my Friend

Crazy Drile

a> Related Posts with Thumbnails