Isnin, Mei 04, 2009

Kembara Cendawan Global di Johor

..
Bandar Tenggara, 4 Mei 2009 - Satu Kembara Cendawan Global dijalankan hari ni di mana saya dan keluarga melawat satu ladang cendawan, Cendawan Tiram Fresh di satu kawasan industri yang dulunya dikenali sebagai Sindora Timber. Tujuan utama tentulah untuk mendapatkan tip terbaru di samping menambahkan jaringan cendawan global.
... ...
Kedatangan saya disambut mesra oleh En. Salim, Pegawai Pemasaran. Sebenarnya saya kenal dengan beliau bulan lepas semasa beliau sedang mempromosikan cendawan tiram kelabu di Pasar Tani, Bandar Kota Tinggi dan daripada cerita berliau saya tertarik kerana En. Salim menyatakan ladang beliau terletak di Bandar Tenggara dan ia merupakan "Transformers" daripada kilang memproses balak bertukar menjadi ladang cendawan. Disebabkan juga ada pelanggan yang tempah 30 beg cendawan di Pasir Gudang maka saya pun datang juga ke sini, kira dua dalam satulah.

..
. .
Walaupun sampai sana dah tengah hari, tapi kira best dan terpegun sebab kat pintu masuk tu jaga dah promote cendawan segar, sebut je nak jumpa En. Salim dan baru dia benarkan masuk ke kawasan ladang. Memang besar tempat dia, rasanya nilah tempat yang paling besar yang pernah saya lawat setakat ni.
...
..
Gaya seorang usahawan cendawan online yang bakal menggegarkan industri cendawan tanah air bersama En. Salim (kanan)
..
En. Salim menerangkan Cendawan Tiram Fresh mampu mengeluarkan cendawan tiram kelabu segar sebanyak 100-200kg sehari dan memasarkan bekalan cendawan di sekitar Johor. Dimulakan setahun yang lepas iaitu bulan Mac 2008, ia menawarkan beg cendawan berbenih, cendawan segar, benih cendawan dan lain-lain bahan keperluan cendawan.
..
Apa yang menariknya di bangsal beliau (kalau saya boleh katakan bangsallah, mungkin gudang lebih sesuai) ada alat semburan air / mist di mana masa semburan dikawal. Menggunakan boiler untuk mengukus beg cendawan dan mampu mengukus sehingga 4000 beg sehari, wow!
..
Target syarikat adalah untuk menghasilkan satu tan cendawan sehari di mana mereka akan mengunakan sepenuhnya gudang dan tempat simpanan mereka yang berjumlah lima buah dan jika diisi penuh boleh memuatkan 700,000 bongkah cendawan. Benih cendawan juga dibuat di situ. Lagilah senang. Segalanya lengkap.
..
..
Beliau mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi pemborong cendawan agar menghubungi beliau terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan Kota Tinggi dan sekitarnya. Satu tip yang boleh saya dapat ialah Jika kawasan tuaian cendawan itu cerah, cendawan yang dihasilkan akan lebih gelap berbanding kawasan yang terlalu gelap. Betul juga sebab saya tengok kebanyakan cendawan keluarannya lebih gelap dan bangsalnya pula agak cerah.
..
Di sini juga ada ditanam cendawan Jeli Hitam / Telinga kera, ingatkan nak beli beg cendawan telinga kera sebab cara penjagaan lebih kurang sama tapi lebih perlukan semburan air untuk sentiasa lembap tapi buat masa ni pusingan keluaran baru sahaja habis. Saya mungkin akan datang kemudian nanti. Memang best tengok tempat yang besar macam ni sebab beliau bagitau banyak pembekal di kawasan johor pun ada yang ambil bekalan di sini.
..
Walaupun pihak pengurusan masih lagi melarang untuk ambil gambar kerana dianggap rahsia bisnes tetapi atas keizinan En. Salim, saya rakamkan satu dua gambar sebagai kenang-kenangan dan untuk dikongsi di blog ini. Memang saya akan datang lagi ke tempat ini dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan tip yang diberikan oleh En. Salim dari Cendawan Tiram Fresh.

6 ulasan:

tokei kambing berkata...

Seronoknya tengok cendawan..
Mai sepinggan

nizam berkata...

Boleh..ada resepi cendawan masak ngan daging kambing tak? kalau ada boleh saya kongsi kat sini, hehe

Syafie Abdullah berkata...

Assalamualaikum,boleh bagi no.tel En Salim sbb.nak buat projek tanam cendawan di Pasir Gudang.

Syafie Abdullah berkata...

Assalamualaikum,boleh bagi no.tel En Salim sbb.nak buat projek tanam cendawan di Pasir Gudang.

najib berkata...

boleh minta sy alamat En Salim di bandar tenggara. berminat mendapatkan bahan2nye...

Unknown berkata...

Kat mana tempat nih ....boleh x bagi alamat penuh

a> Related Posts with Thumbnails