Modal Permulaan. Soalan yang paling kerap ditanya di Cendawan Global oleh ramai bakal pengusaha dan peminat cendawan dan hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kos ataupun modal yang diperlukan.
Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
..
- Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
- Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
- Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
- Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
- Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
..
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 - RM5,500 (Kos beli beg).
..
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
..
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
..
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
- Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
- Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
- Cash flow = RM1,000
- Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
Maklumat ini saya perolehi daripada rakan saya, En. Zul dari Cendawan Puchong dan sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh mendaftar kursus yang beliau anjurkan seperti iklan kursus yang tertera.
1 ulasan:
saya ingin mengusahakan juga....
http://kiracukaipendapatan.blogspot.my/
Catat Ulasan