Rabu, Julai 24, 2013

Info Cendawan Tiram



1. Nama Biasa: Cendawan Tiram 

2. Nama Saintifik: PLEUROTUS sp

3. Varieti: Tiram Putih,Tiram Kelabu ,Tiram Abalone

4. Keperluan Asas

4.1 Faktor Iklim 30-32 c
4.2 Faktor Tanah Habuk kayu getah, Dedak halus/dedak padi, kapur pertanian (CaC03), air, beg polipropilena (25cm X 9cm), leher dan penutup beg, kapas dan penyodok besar dan kecil
4.3 PH Tanah

5. Amalan Kultur

5.1 Benih tanaman mengikut jumlah beg
5.2 Penyediaan kawasan

  • Ruang penyediaan(4.5m X 4.5 m)
  • Bilik Suntik(1.5 m X 2.3 m)
  • Ruang beg cendawan (4.5 X 4.5 m)
  • Ruang pertumbuhan miselium(pemeraman)
  • Ruang pengeluaran hasil

5.3 Kepadatan menanam

2,000 beg(4.5 m X4.5 m)
5.4 Jarak menanam 20-3-cm X 1.8m tinggi
(ruang rak 0.5m X 1.2 m=36-40 bag cendawan)

5.5 Sistem penanaman

  • Setelah miselium memenuhi beg cendawan,beg tersebut dipindahkan dari tempat pengeraman ke atas rak didalam rumah cendawan dan beg disusun secara rebah
  • Mulut beg dibuka
  • Cendawan pertama akan keluar 3-5 hari selepas penutup beg dibuka.

5.6 Pembajaan Program Pembajaan bagi Cendawan
(tiada program khusus untuk pembajaan cendawan)

  • Benih cendawan disuntik ke dalam beg cendawan yang telah dikukus
  • Benih yang berwarna putih bersih dipilih
  • Benih ini dihancurkan dengan pencungkil besi yang telah dipanaskan dan disejukkan
  • Mulut beg cendawan dibuka dan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dimasukkan
  • Panaskan penutup mulut beg cendawan dan pasangkan kembali beg cendawan
  • Catatkan tarikh suntikan dan jenis cendawan pada beg. Eramkan beg cendawan tersebut sehingga miselium memenuhi beg pada suhu 28-30 c di ruang khas sebelum dialihkan ke rumah cendawan
  • Tempoh pengeraman bergantung pada saiz beg yang digunakan.


5.7 Pengurusan air

Memerlukan kelembapan bandingan udara 80-90%

Air perlu disembur ke dinding,lantai dan beg cendawan pagi dan petang bagi meningkatkan kelembapan dan merendahkan

5.8 Pengawalan penyakit dan perosak

Pengawalan Penyakit dan Perosak bagi Tanaman Cendawan

Pastikan rumah cendawan sentiasa bersih dan cukup pengudaran.buang dan musnahkan beg yang diserang kulat Neurospora sp.sembu r ruang dan rak dengan larutan dettol 10 %

Serangan serangga perosak dapat dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling rumah cendawan

Bagi mengawal lipas,semut dan tikus gunakan racun berbentuk umpan atau perangkap untuk mengelakkan pencemaran racun terhadap
cendawan.

5.9 Pengendalian selepas tuai

1. Penuian
2. Pemilihan
3. Pembersihan
4. pembungkusan
5. Penyimpanan sementara
6. Pengagihan

5.10 Hasil 60-80g/beg

5.11 Pengendalian

40-60 hari selepas benih disuntik

Cendawan diisi ke dalam beg plastik atau bakul jika hendak dijual dalam masa sehari

Beg plastik yang digunakan tidak perlu ditutup rapat

Beg ini perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5-10 c dan tahan selama 2-3 hari

7. Penggredan 

Mengikut pasaran/kualiti

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails