Selasa, Oktober 29, 2013

Tanaman cendawan beri pulangan lumayan

Tanaman cendawan beri pulangan lumayan

OLEH : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : November 19, 2011


KAMPUNG TANJONG BATU - Tanaman cendawan adalah antara projek tanaman yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan sekira­nya ia diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan ­mengikut kaedah pihak Jabatan Pertanian.

Wakil Pegawai Pertanian Daerah, Ahmad Rani Mahmud berkata, orang ­ramai yang berminat men­ceburi bidang ini boleh memulakannya secara kecil-­kecilan terlebih dahulu bagi melihat sendiri perkem­bangan industri tanaman ini.

Menurutnya, apabila ­sudah yakin dan memperoleh modal yang cukup, mereka boleh membuka projek tanaman ini dengan lebih maju kerana produk makanan ber­asaskan cencawan ini makin mendapat tempat dalam ­kalangan masyarakat.

“Tanaman ini boleh di­usahakan di rumah masing-­masing sebagai pekerjaan ­sampingan. Ia bukanlah kerja yang berat sebaliknya boleh di­usahakan bersama ahli keluarga.

“Saya yakin apabila sudah menceburi bidang tanaman cendawan ini, kita akan berasa seronok dan mahu mengusaha­kannya secara besar-­besaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas mengadakan kursus tanaman cendawan anjuran Pejabat Pertanian daerah Temerloh, dekat sini.

Ahmad Rani berkata, kita perlu menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan ­rakyat menyertai sektor per­tanian bagi menampung keperluan makanan negara.

Menurutnya, tanaman cendawan ini tidak memerlukan kawasan luas seperti ter­nakan kambing dan lembu.

“Ramai usahawan berjaya hari ini terdiri daripada ­individu berpendapatan rendah yang mengikuti kursus anjuran Jabatan Pertanian di mana akhirnya melalui ilmu yang diperoleh, mereka ­aplikasi dengan mengusahakan tanaman atau projek secara kecil-kecilan.

“Tidak ada yang mustahil sekiranya kita berusaha dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Semuanya bergantung pada kemahuan dan kehendak diri sendiri untuk berubah,” katanya.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails