Jumaat, Januari 10, 2014

Peladang moden mengusahakan dunia cendawan baru


Dibantu oleh persekitaran ladang yang baik dan suhu yang sesuai di Bentong, Ladang cendawan M yang terletak di Kampung Sungai Dua, Karak telah berjaya menggunakan teknik moden dalam mengusaha dan mengeluarkan Cendawan Tiram. Dengan permintaan yang tinggi dalam pasaran cendawan segar, pasangan suami isteri, Chai Sai Hou dan Khong Siew Fun telah menjadikan kepulangan mereka ke kampung halaman, satu kisah kejayaan yang menarik. Kedua-dua peladang moden ini kini, berasa lebih yakin tentang masa depan ladang cendawan mereka.

Tidak lama dahulu, Chan Sai Hou merupakan seorang pekerja yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian, sementara isterinya. Khong Siew Fun dari Kampung Baru Karak pula bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat di kota. Tekanan hidup dan kerja di ibu kota akhirnya memaksa pasangan suami isteri tersebut yang telah dikurniakan dua orang anak, merancang sesuatu yang baru demi masa depan mereka sekeluarga.


Kali ini, Khong Siew Fun dan suaminya memutuskan untuk pulang ke kampung halaman mereka di Kampung Sungai Dua – iaitu kampung suaminya di Bentong dan menjadi peladang ‘cendawan moden’. Mereka melabur sebanyak RM300,000 untuk mendapatkan peralatan seperti mesin, kemudahan dan ladang cendawan berskala sederhana seluas satu ekar di atas sebidang tanah kosong milik saudara-mara mereka.

Chan Sai Hou menguruskan pengusahaan dan pengeluaran ladang cendawan, manakala Khong Siew Fun bertindak sebagai pegawai perhubungan pemasaran.  Selepas tiga tahun bekerja keras untuk memajukan perniagaan mereka, Ladang cendawan M bukan sahaja memperkembangkan skalanya, tetapi juga berjaya mendapat hasil dan kualiti yang membanggakan, hasil daripada persekitaran dan suhu Bentong yang sesuai serta gaya hidup yang kurang tekanan. Keputusan untuk pulang ke kampung untuk memulakan kehidupan baru ternyata adalah satu keputusan yang bijak.

Khong Siew Fun berkata bahawa permintaan yang tinggi dan harga yang stabil telah memberi keyakinan kepada mereka berdua tentang masa depan Ladang cendawan M.


Pada masa kini, mereka memerlukan tanah yang lebih sesuai untuk memperkembangkan perniagaan ladang cendawan. Mereka harap AP dan ADUN Bentong dapat melihat prospek yang cerah dalam pengusahaan cendawan segar, terutamanya bagi AP yang juga Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai untuk menghulurkan bantuan.

Chan suami-isteri turut menerima bantuan daripada Kementerian Pertanian. Hasil daripada kejayaan mereka dalam pengusahaan ini, Ladang cendawan M telah memperolehi Sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia daripada Kementerian Pertanian. Malah, cendawan segar mereka menjadi produk pertanian Malaysia yang unggul, yang disyorkan oleh Kementerian Pertanian.

Pada masa kini, kedua-dua pakar ini juga memberi beg-beg cendawan dan mengajar penaman kecil-kecilan untuk mengusaha dan menceburi perniagaan cendawan segar yang mempunyai masa depan yang cerah.

Selain daripada Cendawan Tiram, Ladang cendawan M juga mengusahakan Cendawan Abalone. Menurut Chan, proses dan masa yang diambil untuk mengusahakan Cendawan Abolane adalah dua kali ganda berbanding dengan yang diperlukan oleh Cendawan Tiram, menyebabkan hasil yang diperolehi agak rendah.

Suhu dan Kelembapan Menentukan Kejayaan Pengusahaan Cendawan

Cuaca di luar adalah panas di waktu tengah hari. Akan tetapi, apabila memasuki Ladang cendawan M yang dilengkapi oleh teknologi moden, para pelawat dapat merasai cetusan kedinginan daripada penyembur yang terdapat di situ. Jadi, suhu yang sederhana dan kawalan

Di bawah pengurusan teliti Chan Sai Hou dan isteri, semua proses pengusahaan dan pengeluaran  Cendawan Tiram diuruskan dengan baik, yang mana ia tidak bergantung kepada jumlah pekerja. Chan Sai Hou menerangkan tentang Ladangnya dari satu langkah ke satu langkah, bermula dengan beg-beg kompos cendawan.


Bahan-bahan mentah untuk kompos cendawan adalah terdiri daripada serpihan kayu getah dan dedak yang memberikan khasiat, serta kadur terhidrat pertanian yang bertindak sebagai pensterilan dan penyahasidan. Mesin yang terdapat di Ladang cendawan M boleh menyediakan sehingga satu ribu beg dalam satu masa, dan jumlah pengeluaran pada masa kini adalah melebihi dua ribu beg setiap hari.

Jumlah output beg kompos cendawan ini adalah untuk bekalan kepada Kementerian Pertanian dan juga untuk dieksport ke Singapura, di samping untuk kegunaan Ladang cendawan M sendiri. Kapasiti beg-beg kompos cendawan di dalam ladang ini adalah lebih kurang seratus ribu.

Beg-beg kompos cendawan ini akan dihantar ke relau pensterilan khas untuk pensterilan suhu tinggi yang lama. Selepas disejukkan, satu sudu penuh benih cendawan yang dibuat daripada bijirin gandum dimasukkan ke dalam setiap beg kompos cendawan. Selepas proses pensterilan oleh lampu ultraungu, beg-beg kompos cendawan akan disimpan di dalam bilik dengan suhu 28℃ selama 10 hari untuk pertumbuhan miselium. Pertumbuhan miselium di dalam beg kompos cendawan mestilah mencapai sekurang-kurangnya 30% sehingga 50% sebelum diubah ke kawasan luar yang berbumbung dan berudara lembap. Di sini, pertumbuhan miselium beg kompos cendawan adalah sehingga 100%.

Proses mencantum cendawan juga memerlukan kelembapan. Cantuman akan terus tumbuh dan menjadi kuntum cendawan dalam tempoh 3 – 5 hari selepas penutup beg cendawan dibuka. Selepas 5 – 7 hari lagi, cendawan akan dikutip. Kemudian, selepas beberapa hari sehingga 10 hari direhatkan, pusingan penamanan beg cendawan akan berulang semula mengikut langkah yang sama dan pengutipan boleh dilakukan asalkan terdapat cendawan yang matang. Cendawan Tiram memerlukan tempoh selama 60 hari dari inokulasi sehingga kutipan (matang) dan beg cendawan yang sama boleh digunakan untuk sekurang-kurangnya 8 sehingga 10 kali pusingan penanaman.

Apabila ditanya tentang risiko yang dihadapi dalam mengusahakan cendawan segar, peladang suami-isteri menegaskan bahawa apa yang mereka amat bimbang sekali ialah jika sesuatu yang tidak kena berlaku dengan beg-beg cendawan. Cara untuk mengawal lebih bergantung kepada pengalaman. Sebagai contohnya, kelembapan yang terlampau tinggi di akhir tahun akan membawa kepada kurangkan pusingan penanaman kerana cendawan dijangkiti oleh pelbagai mikroorganisme.

Khong Siew Fun juga mengusahakan tunas pokok bunga matahari secara percubaan. Tunas pokok bunga matahari sangat popular di Taiwan dan Singapura pada masa kini. Ia mengandungi khasiat kebaikan yang tinggi dan kaya dengan zat besi. Menurut Khong lagi, ia boleh dimakan mentah sebagai ulam. Khong telah meminta kami mencuba beberapa tunas, rasa dan teksturnya boleh dikatakan sedap. Seperti cendawan segar, pengusahaan tunas pokok bunga matahari memerlukan suhu, udara lembap dan kelembapan yang terkawal. Ia juga boleh ditanam menggunakan serpihan kayu dan tanah.
- See more at: http://majubentong.com/blog-bahasa/index.php/bentong-news/57-sekembalinya-dari-ibu-kota-peladang-moden-encik-chan-sai-hou-dan-isteri-mengusahakan-dunia-cendawan-baru#sthash.n0TVttwo.dpuf

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails