Adakah persoalan-persoalan ini bermain di dalam minda anda:
- Saya minat nak tanam cendawan tetapi kurang pengetahuan tentang cara untuk mulakan?
- Modal yang ada adalah minimum dan saya tak sanggup tanggung risiko?
- Pembinaan rumah cendawan merupakan perbelanjaan modal yang paling besar?
- Tiada masa untuk menjaga dan memantau perkembangan cendawan?
- Jika cendawan saya banyak keluar, di mana saya nak pasarkan?
- Saya minat dengan cendawan tetapi tak berapa yakin dengan usaha saya nanti?
- Dan persoalannya berterusan dan banyak lagi...
Saya faham dengan situasi anda kerana saya juga mengalami situasi yang sama juga pada peringkat awal memulakan projek cendawan di Jerteh dan juga Kota Tinggi. Alhamdulillah..sehingga kini perjalanan projek berjalan lancar dan mula membuahkan hasil.
Tujuan saya bertanyakan kepada anda soalan di atas ialah kerana saya ada tawaran kepada bakal pengusaha cendawan untuk mengusahakan cendawan dan berkongsi ruang penanaman di ladang cendawan kami sama ada di Kota Tinggi, Johor ataupun Jerteh, Terengganu.
Apa yang ingin saya tawarkan ialah, anda boleh tempah bongkah cendawan dengan pihak kami pada harga yang dipersetujui dan bongkah cendawan anda diperam di rumah cendawan kami. Bayaran dibuat berdasarkan peringkat bongkah cendawan yang anda beli dan apabila matang, terpulang kepada anda sama ada untuk kutip sendiri atau jualkan hasilnya semula kepada kami pada harga yang dipersetujui. Biasanya pada harga ladang / pemborong.
Anda sebagai pemilik bongkah cendawan bebas untuk datang melawat pada bila-bila masa sahaja dan pihak kami akan menjaga bongkah anda seperti menyiram, memantau dan segala yang perlu. Pihak kami ada pekerja sepenuh masa untuk membuat kerja-kerja berkenaan.
Tawaran dibuka sekarang kerana di ladang kami di kota tinggi, masih ada 4 buah rumah cendawan yang boleh diisikan bongkah cendawan sebanyak 10,000 bonglah pada setiap rumah dan di Jerteh, ada sebuah lagi rumah cendawan yang kosong yang boleh memuatkan sehingga 6,000 bongkah.
Saya tawarkan peluang ini untuk kita bersama-sama berkongsi sumber dan juga memajukan bisnes cendawan ini. Buat anda yang berminat boleh hubungi saya, sms atau whatsapp di 019-7589774 (Nizam) atau emailakan ke nizamsky@gmail.com
Salah seorang krew sedang beraksi.
Pengukus yang boleh memuatkan sehingga 1600 bongkah pada setiap kali kukus.
Salah seorang krew sedang beraksi.
Pengukus yang boleh memuatkan sehingga 1600 bongkah pada setiap kali kukus.
Buat-buat bz je..
Rumah cendawan di Jerteh, Terengganu.
2 ulasan:
Assalam.. Boleh saya dapatkan maklumat tentang pemborong cendawan di kawasan batu pahat? Pasaraya atau individu.. Sms ke 0194601019. Maklum balas tuan sangat saya hargai.. Terima kasih.. Wan rengit.
Salam satu malaysia, saya berminat untuk menceburi bidang penanaman cendawan..tetapi saya tidak tahu dimana untuk mendapatkan bahan mentah seperti benih cendawan dan peralatan2x yang di gunakan dlm proses pewapan tersebut? Saya juga ingin tahu berapakah kos untuk penghantaran bahan2x tersebut ke tempat saya di bahagian kedua,Betong di sarawak ini..
Mohon tunjuk ajar dari cendawan global.
Terima kasih,
BILL WAT,
billwat1984@gmail.com.my
Catat Ulasan