Khamis, April 17, 2014

Pengurusan perosak dan penyakit cendawan



Kenapa datang perosak dan penyakit?


PUNCA 1 - Persekitaran kelembapan tinggi di dalam rumah cendawan merupakan keadaan sesuai untuk pembiakan perosak dan penyakit. 

PUNCA 2 - Struktur rumah cendawan tidak kalis serangga / perosak dengan sempurna.

PUNCA 3 - Penyakit dan perosak sentiasa wujud di dalam dan di luar rumah cendawan yang menjalankan penanaman cendawan secara berterusan.

PUNCA 4 - Cara pengurusan tanaman tidak sempurna menyebabkan jangkitan penyakit tidak dapat dicegah.

PUNCA 5 - Sumber benih tercemar.

PUNCA 6 - Bebas kimia! - Penggunaan bahan kimia yang terhad dalam mengawal penyakit dan perosak dalam penamanan cendawan. 

Cendawan = organik = bebas racun



PEROSAK CENDAWAN

JENIS PEROSAK:
1. Tikus
2. Lalat (Drosophila)
3. Lipas
4. Kumbang
5. Hama
6. Nematod

Antara simpton serangan serangga ialah:


LANGKAH KAWALAN DAN PENCEGAHAN PEROSAK CENDAWAN
• Pastikan rumah cendawan kalis serangga. Tutup setiap laluan angin dengan jaring dan pasang langsir plastik pada pintu.
• Gantung pelekat kuning (yellow sticker) di dalam dan luar rumah cendawan supaya serangga-serangga yang berterbangan akan melekat dan terperangkap.
• Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.
• Kawal secara manual. Asingkan beg yang terkena serangan dan musnahkan perosak

Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling dinding rumah cendawan!


Kawalan Tikus
Pastikan rumah cendawan kalis tikus dengan memasang satu lapis dawai mata punai supaya tikus tidak dapat masuk ke dalam rumah cendawan.
Pasang perangkap tikus dengan menggunakan umpan kesukaannya seperti ikan kering. Jangan gunakan racun tikus. Keluarkan perangkap berisi tikus dari rumah cendawan dan bunuh tikus.
Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.

Lain-lain Perosak:


1. Tikus - gunakan racun umpan tikus
                 - bersihkan persekitaran rumah cendawan
                 - jika perlu pasang jaring mata punai
2. Lintah bulan / siput - gunakan racun umpan siput

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails