Isnin, April 28, 2014

Oyster Mushroom Cultivation



OYSTER MUSHROOM CULTIVATION (Christopher W. Owner, Michigan Mushrooms LLC - from LINKEDIN 8/3) -
Oh the problems can be numerous... But the rewards can be as well. I ran an (primarily)oyster mushroom farm for a couple years and probably the biggest challenge we had was properly controlling the environment. Weather it was keeping it cool in the summer, or warm enough in the winter, or humid enough at all times of year; you want to make sure you have proper environmental controls. If you can raise and lower temps and humidity at will, that will solve many problems right off the bat.
Assuming your environment is properly controlled the next biggest problem you are likely to have is insects. You may be able to operate for about a year without the bugs getting too bad, but they will eventually find you and move in.
We were adverse to using pesticides for moral(I guess you could say) reasons. Once the problem got so out of hand we were losing more mushrooms that we were selling we had to shut down, empty out the grow house completely, let it freeze up for a week(luckily it was winter time), and then start fresh.
Obviously a move like that is enough to break a company, and it nearly broke us. I would always suggest to a new grower that they have at least two main grow spaces, preferably three, so you can take one out of commission for cleaning and still maintain some production.
Our next biggest problem was finding a market for everything we grew. We live in a kind of backwoods town about 4 hours away from any metropolitan area. We quickly outgrew our local market and ended up having to truck a few hundred pounds of mushrooms down to a bigger city once a week. That may have ultimately been our undoing: having to maintain a farm and travel like that so regularly was very stressful. 
Do thorough market research, and be sure you can sell them for the price you need to make a proper profit. Oyster mushrooms are not as marketable as other types(Shiitake, Portabella), and the shelf life is not as good, so there is some urgency to move them once they are harvested.
Other minor issues that would be the same for any mushroom farm would be maintaining healthy spawn. I don't know if you are planing on buying spawn(which is very expensive) or growing your own, but it can be a trick to keep the genetics fresh and maintain a culture bank,
Labor can be a challenge, for which I would very much suggest seeking an intern or a team of interns. It's kind of crappy not to pay people, but it seems to be the way industry works these days, and you will have no lack of interest. We still get inquiries from a listing we made 4 years ago...
The final thing, which is in some ways the most critical, is to properly protect your self from the spores. Oyster mushrooms are prolific sporeulators, and you can quickly find yourself with long term health problems if you don't protect yourself. Usually just a dust mask is sufficient, but some people are more sensitive to them than others. If you are going to be in the fruiting room for more than a couple minutes: wear a mask!
No mention of Green molds at this stage - will keep updating as I gate the info
Ralph H. Kurtzman, Jr. - Visit : www.oystermushrooms.net ;

Ahad, April 20, 2014

Tips rumah cendawan dibenci makhluk perosak



TIPS supaya rumah cendawan anda DIBENCI oleh hama/kumbang/parasit/kulat hijau/kulat oren mushroom killer dan seangkatan denganya

Boleh diamalkan sebelum memasukkan beg media baru ke dalam rumah cendawan.

1. Pastikan semua beg yang telah tamat tidak ada yang tertinggal di dalam rumah cendawan.


2. Bersihkan rumah cendawan dengan menggunakan air serta sabun, dituruti dengan pancutan air yang kuat.Pancutankan air ke seluruh ruang rumah (Lantai/dinding) dan biarkan ia kering.

3. Selepas kering, gunakan dettol @ clorox @ kapur bagi proses pembasmian kuman. dan biarkan sehari.


4. Pada hari berikutnya, sembur racun serangga/wangian serai pada netting, lantai dan rak.


5. Rehatkan rumah selama 1-2 hari sebelum guna/memasukkan beg media baru.


Dipetik dari blog http://bechois.blogspot.com/2014/04/standby-rumah-cendawan-untuk-dibenci.html

Jumaat, April 18, 2014

Anda ingin tanam cendawan dengan modal paling minima?



Adakah persoalan-persoalan ini bermain di dalam minda anda:
  • Saya minat nak tanam cendawan tetapi kurang pengetahuan tentang cara untuk mulakan?
  • Modal yang ada adalah minimum dan saya tak sanggup tanggung risiko?
  • Pembinaan rumah cendawan merupakan perbelanjaan modal yang paling besar?
  • Tiada masa untuk menjaga dan memantau perkembangan cendawan?
  • Jika cendawan saya banyak keluar, di mana saya nak pasarkan?
  • Saya minat dengan cendawan tetapi tak berapa yakin dengan usaha saya nanti?
  • Dan persoalannya berterusan dan banyak lagi...

Saya faham dengan situasi anda kerana saya juga mengalami situasi yang sama juga pada peringkat awal memulakan projek cendawan di Jerteh dan juga Kota Tinggi. Alhamdulillah..sehingga kini perjalanan projek berjalan lancar dan mula membuahkan hasil.

Tujuan saya bertanyakan kepada anda soalan di atas ialah kerana saya ada tawaran kepada bakal pengusaha cendawan untuk mengusahakan cendawan dan berkongsi ruang penanaman di ladang cendawan kami sama ada di Kota Tinggi, Johor ataupun Jerteh, Terengganu.

Apa yang ingin saya tawarkan ialah, anda boleh tempah bongkah cendawan dengan pihak kami pada harga yang dipersetujui dan bongkah cendawan anda diperam di rumah cendawan kami. Bayaran dibuat berdasarkan peringkat bongkah cendawan yang anda beli dan apabila matang, terpulang kepada anda sama ada untuk kutip sendiri atau jualkan hasilnya semula kepada kami pada harga yang dipersetujui. Biasanya pada harga ladang / pemborong.

Anda sebagai pemilik bongkah cendawan bebas untuk datang melawat pada bila-bila masa sahaja dan pihak kami akan menjaga bongkah anda seperti menyiram, memantau dan segala yang perlu. Pihak kami ada pekerja sepenuh masa untuk membuat kerja-kerja berkenaan. 


Tawaran dibuka sekarang kerana di ladang kami di kota tinggi, masih ada 4 buah rumah cendawan yang boleh diisikan bongkah cendawan sebanyak 10,000 bonglah pada setiap rumah dan di Jerteh, ada sebuah lagi rumah cendawan yang kosong yang boleh memuatkan sehingga 6,000 bongkah.

Saya tawarkan peluang ini untuk kita bersama-sama berkongsi sumber dan juga memajukan bisnes cendawan ini. Buat anda yang berminat boleh hubungi saya, sms atau whatsapp di 019-7589774 (Nizam) atau emailakan ke nizamsky@gmail.com 

Salah seorang krew sedang beraksi.


Pengukus yang boleh memuatkan sehingga 1600 bongkah pada setiap kali kukus.

 Buat-buat bz je..

Gambar rumah cendawan di Kota Tinggi, Johor. Empat buah daripada enam buah keseluruhannya. Boleh memuyatkan sehingga 60,000 bongkah cendawan.
 


Rumah cendawan di Jerteh, Terengganu.

Khamis, April 17, 2014

Pengurusan perosak dan penyakit cendawan



Kenapa datang perosak dan penyakit?


PUNCA 1 - Persekitaran kelembapan tinggi di dalam rumah cendawan merupakan keadaan sesuai untuk pembiakan perosak dan penyakit. 

PUNCA 2 - Struktur rumah cendawan tidak kalis serangga / perosak dengan sempurna.

PUNCA 3 - Penyakit dan perosak sentiasa wujud di dalam dan di luar rumah cendawan yang menjalankan penanaman cendawan secara berterusan.

PUNCA 4 - Cara pengurusan tanaman tidak sempurna menyebabkan jangkitan penyakit tidak dapat dicegah.

PUNCA 5 - Sumber benih tercemar.

PUNCA 6 - Bebas kimia! - Penggunaan bahan kimia yang terhad dalam mengawal penyakit dan perosak dalam penamanan cendawan. 

Cendawan = organik = bebas racun



PEROSAK CENDAWAN

JENIS PEROSAK:
1. Tikus
2. Lalat (Drosophila)
3. Lipas
4. Kumbang
5. Hama
6. Nematod

Antara simpton serangan serangga ialah:


LANGKAH KAWALAN DAN PENCEGAHAN PEROSAK CENDAWAN
• Pastikan rumah cendawan kalis serangga. Tutup setiap laluan angin dengan jaring dan pasang langsir plastik pada pintu.
• Gantung pelekat kuning (yellow sticker) di dalam dan luar rumah cendawan supaya serangga-serangga yang berterbangan akan melekat dan terperangkap.
• Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.
• Kawal secara manual. Asingkan beg yang terkena serangan dan musnahkan perosak

Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling dinding rumah cendawan!


Kawalan Tikus
Pastikan rumah cendawan kalis tikus dengan memasang satu lapis dawai mata punai supaya tikus tidak dapat masuk ke dalam rumah cendawan.
Pasang perangkap tikus dengan menggunakan umpan kesukaannya seperti ikan kering. Jangan gunakan racun tikus. Keluarkan perangkap berisi tikus dari rumah cendawan dan bunuh tikus.
Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.

Lain-lain Perosak:


1. Tikus - gunakan racun umpan tikus
                 - bersihkan persekitaran rumah cendawan
                 - jika perlu pasang jaring mata punai
2. Lintah bulan / siput - gunakan racun umpan siput

Ahad, April 06, 2014

Perkembangan projek cendawan di Jerteh

Assalam..

Semalam baru bermula pengeluaran cendawan pertama bagi musim ini. Sepatutnya pada pertengahan bulan April tetapi rezeki untuk dapat lebih awal.

Walaupun masih belum banyak tetapi Alhamdulillah..hasil yang memuaskan dari segi bentuk dan saiz cendawan yang diperolehi.

Saya kongsikan gambar-gambar sekitar petang semalam.


 
 

 
Saya mengalu-alukan kedatangan anda ke ladang cendawan kami di Kampung Seberang Jerteh, Terengganu.
 
 


Khamis, April 03, 2014

Penuntut USM tanam, jual sendiri produk cendawan


GEORGETOWN - Bercita-cita menjadi tauke muda selepas mendapat ijazah, sekumpulan penuntut Universiti Sains Malaysia di sini gigih mengusahakan projek cendawan dan memasarkan sendiri hasil tanaman itu di kampus.

Penat lelah 30 penuntut yang kebanyakannya dari Pusat Pengajian Sains Biologi dan Teknologi Industri itu berbaloi apabila mereka berjaya menuai hasil cendawan sehingga 18 kilogram setiap hari sejak projek itu dimulakan di bawah kelab MyAgrosis, September tahun lepas.

Yang Dipertua MyAgrosis Nur Aktika Jamil berkata rumah cendawan mereka boleh memuatkan 6,000 bongkah beg media cendawan yang setiap satu dapat menghasilkan 300 gram cendawan dan dituai enam hingga sembilan kali.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah meluluskan dana sebanyak RM50,000 bagi kos pembinaan rumah cendawan dan penyediaan 6,000 bongkah benih cendawan dengan jangkaan perolehan pendapatan sebanyak RM16,000 daripada berat keseluruhan 1,800 kilogram.

"Selain dijual secara mentah setiap hari dengan harga RM13 sekilogram, kami turut menghasilkan makanan berasaskan cendawan jenis Tiram Kelabu seperti popia, karipap, cucur cendawan dan cendawan goreng pada setiap Khamis dan Jumaat.

"Minggu ini juga kami baru perkenalkan air cendawan bagaimanapun ia hanya boleh dibuat menggunakan cendawan Telinga Kera dan kami berhasrat untuk tanam cendawan jenis ini pada masa akan datang kerana sambutannya menggalakkan," katanya di sini hari ini.

Nur Aktika, 25, berkata selain menerima bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri dengan menyertai beberapa siri kursus jangka pendek, mereka turut mengambil inisiatif meminta khidmat nasihat pengusaha cendawan lebih berpengalaman dari Balik Pulau.

Walaupun pada peringkat awal beliau dan rakan-rakannya tidak langsung mempunyai kemahiran mengendalikan projek tanaman cendawan itu, tetapi minat dan kesungguhan untuk menjayakannya semakin berkobar-kobar, apabila dapat menuai hasil titik peluh pertama mereka.

Katanya proses tanaman cendawan memerlukan penggunaan habuk kayu getah yang dicampur serbuk padi dan dedak yang dimasukkan ke dalam beg media diikuti proses mematikan bakteria dengan cara mengukus selama 12 jam.

Selepas itu setiap beg disuntik dengan benih sebelum mengalami proses pemeraman selama 55 hingga 60 hari dan disusun di atas rak dalam suhu antara 25 dan 30 darjah celsius. - Bernama
a> Related Posts with Thumbnails