Isnin, Mac 04, 2013

Tauke benih cendawan

Oleh Mohd Sabran Md Sani

PEMEGANG Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) ini tidak menyesal memilih kerjaya ‘luar bidang’ apabila menceburi sektor pertanian.

Tekadnya menceburi bidang pertanian dengan bermodalkan wang simpanan berjumlah RM20,000 itu membuahkan hasil lumayan apabila kini bergelar usahawan benih cendawan.

Biarpun pernah memegang jawatan besar selain bergelar guru, minatnya dalam bidang pertanian membulatkan impiannya untuk bergelar siswazah tani.

Memegang prinsip tidak mahu selamanya makan gaji, pilihan itu lebih menjanjikan kepuasan dan keseronokan mengutip hasil daripada keringat titik peluh sendiri. 

Saya dan Encik Rasul semasa kunjungan ke rumah cendawan beliau di Rembau.
 


Berstatus pembekal barangan cendawan sekitar 2007, Mohammad Rasul Alpi kemudian menceburi perniagaan penghasilan benih cendawan yang ketika itu dimonopoli usahawan bukan Melayu.

Pengurus Mentah Resources itu berkata, pembabitannya dalam perniagaan benih cendawan bermula daripada ajakan rakannya, Kapten Zainal, seorang juruterbang.

“Tanpa sebarang pengalaman, saya mempelajari selok-belok penghasilan benih cendawan menerusi buku dan Internet.


“Saya banyak membaca dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang itu.


“Hasilnya, saya kini bergelar tauke benih cendawan,” katanya.


Menurutnya, jatuh bangun dalam perniagaan menjadi asam garam kepada sesiapa yang ingin bergelar usahawan.


“Ilmu melalui buku dan Internet belum memadai, jalan terbaik ialah berguru dengan mereka yang arif dalam bidang itu,” katanya.


Mohammad Rasul mendapatkan bantuan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berkaitan penghasilan benih cendawan.


“Sebelum mendapatkan khidmat MARDI, projek benih cendawan sudah berjalan, namun saya menghadapi beberapa masalah termasuk benih cendawan dihasilkan rosak.


“Dengan bantuan MARDI, mereka menyusun atur semua perkara berkaitan makmal penghasilan benih cendawan,” katanya.


Keprihatinan pegawai MARDI turun padang dan memantau pengurusan makmal, menampakkan kesan positif.


“Saya amat mengambil berat perkara itu kerana gagal atau berjaya pengusaha cendawan tiram kelabu bergantung kepada kualiti benih dihasilkan,” katanya.


Dia kini mampu membekalkan kira-kira 3,000 beg benih cendawan tiram kelabu ke seluruh negara.


Pemegang Ijazah Sarjana Undang-undang Harta Intelek Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi itu turut berkongsi pengalaman penghasilan benih cendawan di makmalnya di Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan.


“Saya menggunakan biji gandum yang direndam dalam tempoh sehari. Ia dikeringkan sebelum ditimbang dalam sukatan 300 gram sebelum dibungkus bersama penutup dan beg plastik.


“Beg benih cendawan akan dimasukkan ke bilik suntikan bagi tujuan penyediaan tisu cendawan,” katanya.


Menurutnya persekitaran yang bersih diperlukan dalam makmal termasuk proses menyahkuman peralatan menggunakan api alat penunu bunsen dan semburan pembasmi kuman.


Layari laman web, www.kedaipertanian.my atau mentahresources@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

sumber: Harian Metro 

Sabtu, Mac 02, 2013

Perlukan bantuan dan maklumat cendawan

Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Fadhilah dr Kepala Batas, Penang. Saya sebenarnya memerlukan beberapa jenis cendawan seperti:

1. Cendawan jerami padi (volvariella volvacea)
2. cendawan seri pagi @perut lembu (clitocybe alexandrii)
3. Cendawan monkey head (Hericium erinaceus)
4. Cendawan tiram selain, cendawan tiram putih dan kelabu iaitu seperti cendawan tiram kuning dan pink.

Jenis2 cendawan ini akan digunakan untuk kajian Sarjana saya di USM. Saya masih lg mencari pengusaha yang berdekatan di bhg utara tetapi masih belum menemui pengusaha yang masih lagi menjalankan perusahaan ini dan mempunyai cendawan tersebut. Sekiranya pihak tuan mempunyai maklumat mengenai cendawan di atas, samada rakan2 niaga tuan mempunyai bekalan atau tuan sendiri mengusahakannya bolehlah menghubungi saya             019 4491343       . 

Kerjasam pihak tuan amatlah dihargai


Sekian terima kasih

Siti Fadhilah Musa
Infectious Disease Cluster
IPPT, USM
Kepala Batas, Penang

Cendawan Global: Saya siarkan permintaan daripada Cik Siti Fadhilah ini dan memohon jasa baik anda, pelawat blog ini untuk menghubungi beliau secara terus jika anda mempunyai apa2 info tentang jenis cendawan yang beliau minta. Terima kasih.

Selasa, Februari 26, 2013





PERTUBUHAN Peladang Kawasan (PPK) Kemaman yang menjadi pengeluar cendawan terbesar di Terengganu, menyasarkan menembusi pasaran cendawan tiram di luar Terengganu tidak lama lagi.


Pengurus Besarnya, Abdul Hamid Ali berkata, pihaknya menambah lagi bangunan pusat pemasaran di Kampung Dadong, Kemaman untuk meningkatkan pengeluaran.

“Sekarang ini, kita tidak dapat menembusi pasaran luar kerana pengeluarannya terhad dan permintaan dalam negeri terlalu tinggi,” katanya.

Bagi projek itu, beliau berkata, PPK mempunyai tiga bangsal cendawan, bangsal pemeraman (satu) serta pusat pemprosesan bongkah dan bilik inokulasi (untuk menyejuk dan penyuntikan benih).

Abdul Hamid berkata, pusat pemasaran itu yang mula beroperasi tahun lalu berjaya mengeluarkan hasil pertama sebanyak 24,000 kilogram cendawan jenis “tiram kelabu” bernilai lebih RM280,000.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM163,268 pembinaan pusat itu datang daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri Terengganu dan PPK Kemaman RM41,682.

Projek itu satu daripada projek korporat PPK sebagai mentor kepada usahawan tanaman cendawan di samping mewujudkan projek hiliran berunsurkan cendawan seperti sos cili cendawan, sos lada hitam cendawan dan sebagainya.

Katanya, ketika ini, seramai enam orang pengusaha tanaman cendawan yang bernaung di bawah PPK itu dan jumlah itu dijangka meningkat apabila peserta PPRT di Ketengah digalakkan mengusahakan tanaman cendawan. 
sumber: Harian Metro

Rabu, Februari 20, 2013

Cendawan pelik berwarna emas ditemui


Nik Azman Abdul Ghani menunjukkan spesies cendawan berwarna keemasan yang ditemuinya di Kampung Permatang Buluh, Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah, kelmarin.

PADANG SERAI 31 Jan. - Seorang pencari madu lebah di Kampung Permatang Buluh, Sidam Kiri dekat sini, terperanjat apabila menemui spesies cendawan yang didakwa pelik kerana bersaiz besar dan berwarna keemasan.

Nik Azman Abdul Ghani, 31, mendakwa, dia menemui cendawan yang dianggap unik Sabtu lalu ketika sedang mencari buluh di Bukit Tok Medan bersebelahan kampungnya.

“Cendawan ini berbentuk pelik selain warnanya keemasan. Saya temui dua tompok cendawan dengan jarak antara 2.5 meter antara satu sama lain.

“Setiap tompok cendawan ini mengandungi antara 10 hingga 12 jejari dengan sebahagian besar berwarna emas. Baunya pula seperti kulat biasa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Nik Azman berkata, pada mulanya dia tidak berani mencabut cendawan itu kerana dikhuatiri berbisa.

Namun katanya, dia berubah fikiran dan mencabut cendawan itu sebelum merendamkannya bagi memastikan cendawan tersebut segar.

“Selepas pulang ke rumah, saya bertanyakan kepada jiran dan juga orang tua-tua. Mereka beritahu cendawan seperti itu tidak pernah ditemui sebelum ini," katanya.

Nik Azman turut mendakwa, cendawan yang disimpan tersebut kini mengembang dan masih berada dalam keadaan segar meskipun telah ditemui hampir seminggu lalu.

Katanya, dia mengalu-alukan orang ramai atau pakar yang mempunyai pengetahuan tentang cendawan untuk membuat kajian saintifik dan menghubunginya             012-4351484      .

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130201/dn_23/Cendawan-pelik-berwarna-emas-ditemui#ixzz2LPzFjxcf 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, Februari 08, 2013

Kursus Tanam Cendawan 2013





Berita Baik dan Tergempar!!

Kepada bakal usahawan cendawan yang berminat untuk mendalami teknik dan rahsia untuk menanam dan menghasilkan cendawan, Cendawan Puchong kini mewar-warkan kursus cendawan yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti yang dinyatakan bermula bulan Januari 2013.

Sememangnya potensi bisnes cendawan masih lagi besar untuk diterokai dan secara peribadi saya di Cendawan Global masih lagi menjana pendapatan bulanan melalui cendawan secara online dan offline.

Berita baiknya ialah rakan bisnes dan juga mentor saya, En. Zul dari Puchong ingin mengaktifkan kembali kursus cendawan yang telah mendapat sambutan hangat sebelum ini. Setkan diari anda untuk meluangkan masa menghadiri kursus yang dijalankan oleh pengusaha cendawan yang telah berjaya ini.

Di dalam sesi kursus ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja info dan juga rahsia bagaimana untuk berjaya dalam bisnes cendawan kepada usahawan serta pakar cendawan yang telah terbukti berjaya ini.
.
Kepada yang berminat, sila hubungi pihak urusetia untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Selamat berkursus dan selamat maju jaya saya ucapkan buat anda!


a> Related Posts with Thumbnails