Selasa, April 08, 2008

Kunjungan Ilmu Ke Lembah Bio-Tek Peladang Johor

..
Kota Tinggi 8 APRIL - Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor pada hari ini dan kebetulan saya sendiri mengambil cuti tahunan, peluang yang ada digunakan untuk membawa keluarga melawat tempat penanaman dan pengeluaran cendawan komersil di Lembah Bio-Tek Peladang Johor. Ini merupakan kali kedua setelah kunjungan yang pertama pada dua bulan yang lepas.
..
.. ..
Rumah tuaian hasil cendawan di bawah seliaan En. Haris
..
..
Saya disambut oleh En. Haris, salah seorang yang diberi tugas dalam urusan pemasaran dan pengeluaran cendawan ini. Layanan mesra dan informasi berguna yang diberikan oleh beliau amat bermakna kepada kami untuk meningkatkan lagi kualiti hasil cendawan dan juga mempastikan penyakit daripada cendawan dapat diminimumkan sebaik mungkin.
..
En. Haris sedia berkongsi tip dan pengalaman dalam penanaman dan pengeluaran cendawan tiram
..
.
Lawatan kami bermula di dalam rumah cendawan yang bersaiz 20’ x 30’ yang memuatkan lebih kurang 18,000 beg cendawan yang matang dan dalam proses pengeluaran. Beliau berkata, beg-beg cendawan ini ditempah oleh Persatuan Usahawan Johor dan mereka menyewa tempat ini bagi menghasilkan cendawan. Apabila hasil cendawan keluar, ia akan dipasarkan kepada ahli, pengguna dan pasar serta mini market berhampiran di sekitar sini.
..
Berbeza latar belakang dan kaedah promosi cendawan tetapi berkongsi visi dan misi yang sama
..

Antara tip berguna yang diberikan oleh En. Haris dalam penghasilan cendawan ialah, beg cendawan dibuka sepenuhnya bagi menghasilkan cendawan yang lebih banyak. Kiranya tak perlu gunakan neck, kemudian, untuk tutup rehat, ikatkan dengan tali dengan menjerutnya. Lebih mudah dan cepat katanya. Juga, di ladang ini menggunakan EM sebagai campuran asas di dalam penghasilan serta penjagaan cendawan. Memang cendawan di sini kelihatan segar dan bebas daripada penyakit dan kadar penyakit adalah hanya di sekitar 1-2% sahaja.
..
Yang lebih menarik lagi, di dua buah tempat pemeraman yang diasingkan, beg-beg cendawan yang diperam setelah disuntik benih disusun menegak di atas rak dengan keadaan yang terbuka, tidak memerlukan jaring untuk melindungi dan ini bagi saya sendiri satu cara yang baru kerana walaupun tempat tersebut terdedah tetapi ia langsung tidak menunjukkan sebarang jankitan penyakit. Memang cara ini kata En. Haris diamalkan dari dulu lagi dan hanya beg cendawan yang telah matang sahaja akan dipindahkan ke rumah yang tertutup dan berjaring serta disiram sebanyak dua kali sehari bagi mempastikan kelembapannya.
..
Di belakang Insyirah (model sambilan) ialah beg-beg cendawan yang baru dibuka untuk kali pertama menunggu masa untuk dipetik hasil
..
Beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk melawat dan juga membeli beg cendawan yang telah siap agar datang ke sini dan berjumpa dengan beliau. Beg cendawan yang dijual adalah pada harga yang berpatutan dan perkhidmatan penghantaran disediakan bagi tempahan yang banyak.
..
Sesi lawatan di akhiri dengan kami membeli 30 beg cendawan untuk dibawa ke Pasir Gudang atas permintaan pelanggan saya di sana. Saya berharap agar pertemuan ini akan berterusan untuk meningkatkan lagi kerjasama antara dua pihak yang sama-sama berhasrat memajukan lagi bisnes cendawan di Malaysia.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails