Ahad, Oktober 24, 2010

Mengawal penyakit cendawan



Igauan ngeri kepada pengusaha cendawan ialah bila mana cendawan yang ditanam diserang penyakit yang mengakibatkan kerugian yang besar dan sesetengahnya melemahkan semangat untuk meneruskan projek ini.

Salah satu cara yang patut diambil ialah buat persediaan awal dan belajar daripada pengusaha yang lebih berpengalaman bagi mengurangkan kesan tersebut.


Berikut adalah beberapa faktor mengapa bungkah cendawan mudah diserang penyakit:

  • Kelembapan tinggi dan persekitaran gelap di dalam bangsal sesuai untuk pertumbuhan kulat lain dan digemari serangga perosak
  • Penggunaan racun serangga yang terhad
  • Faktor persekitaran bangsal yang tercemar

Selain daripada di atas, kesilapan dalam proses penyediaan cendawan juga boleh menyebabkan bongkah cendawan diserang penyakit. contohnya:-

  • Menggunakan habuk kayu yang telah lama terbiar dan menjadi masam
  • Kandungan air yang terlalu tinggi dalam proses membancuh habuk
  • Proses mengukus yang tidak mencapai tempoh ditetapkan
  • Menggunakan benih yan telah rosak
  • Menyuntik benih di kawasan yang kotor

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, selepas proses pengukusan, bungkah cendawan perlu dilindungi dari jangkitan kuman. Untuk mencapai objektif ini, amalan kerja yang bersih perlu dititik beratkan.

1 ulasan:

Pn Ayu berkata...

kebersihan sangat penting bagi mushroom cultivation sbb bende nie sangat sensitif dan mudah dijangkiti dengan bakteria.

a> Related Posts with Thumbnails