Isnin, April 15, 2013

1Azam projek berjaya Kapit


PROJEK CENDAWAN
Janang Umin
Punan Sama, Belaga









Memulakan penanaman cendawan secara kecil-kecilan selepas menghadiri kursus di Miri pada tahun 2008 dengan modal yang minimum. Pengeluaran adalah rendah dan pendapatan ialah RM200.00 sebulan.

Telah diluluskan dengan bantuan 1AZAM pada tahun 2011 dengan bentuk pengukus untuk mensteril serpihan kayu; jaring pelindung matahari, simen dan batu kerikir untuk memperbaiki bangsal cendawan; dan alat-alat lain untuk projek yang bernilai RM9,000.00.

Benih, beg plastik dan penutup dipesan dari Sibu. Cip kayu dan habuk kayu daripada kayu getah diperolehi di sekitar setempat.

Kos pengeluaran adalah kurang lebih RM500.00 satu pusingan dengan 700 beg. Setiap beg boleh menghasilkan kira-kira 300-400gm cendawan. Cendawan segar itu dijual dalam pek bungkus 100gm pada harga RM2.00 di pasar tempatan.

Selepas bantuan 1AZAM, pendapatan daripada hasil cendawan beliau adalah RM1,200 sebulan. Kerana permintaan yang baik, beliau merancang untuk mengembangkan projek ini dan membekalkan cendawannya ke Sg. Asap sebaik sahaja jalanraya antara Belaga dan Sg. Asap siap dibina.


sumber: dipetik segar dari http://www.doa.sarawak.gov.my/modules/web/page_print.php?id=494


Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails