Isnin, April 22, 2013

Masalah cendawan dan cara penyelesaian


Penanaman cendawan juga mengalami masalah yang boleh merugikan dan melemahkan semangat pengusaha. Tetapi sebarang masalah mesti ada sebab dan cara untuk menyelesaikannya. 
.
Di sini terdapat beberapa masalah yang dihadapi, punca dan cara untuk mengatasinya.
.
Mesilia gagal untuk berkembang

  • Air klorin atau air kotor ---- guna air telaga atau peram air paip semalaman
  • Bahan mentah rosak---- pastikan bahan mentah elok dan segar
  • Kukus tidak sempurna----pastikan kukus 7-8 jam
  • Beg media panas----biarkan sejuk baru suntik benih
  • Benih tidak berkualiti
  • Lupa nak suntik benih
..
Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan
..
  • Formula media tidak betul----ubah formula, periksa pH, habuk kayu, dedak
  • Serangga, kulat perosak, virus, bacteria dan hama---periksa proses kukus, suntik benih, dan kebersihan rumah cendawan
  • Benih tidak berkualiti---dapatkan daripada pembekal lain
  • Cendawan terbentuk, tetapi payung tidak terbentuk
  • Cahaya tidak cukup---ubah cahaya dalam rumah cendawan
  • Pengudaraan tidak sempurna----tingkatkan pertukaran udara luar dan dalam
.
Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembang
  • Masa peram terlalu lama
  • Cahaya kurang
  • Media campuran berkualiti rendah
  • Kadar pentumbuhan mesilia kurang—benih kurang
  • Benih tidak berkualiti
.
Cendawan gagal tumbuh pada pusingan kedua
  • Formula campuran tidak betul
  • Benih tidak berkualiti
.
Saiz cendawan kecil
  • Terlalu banyak anak cendawan tumbuh
  • Formula tidak betul
  • Benih tidak berkualiti
.
Cendawan ringan
  • Periksa kelembapan semasa gaul media

Cendawan cepat rosak
  • Cendawan dikutip terlalu tua—kutip yang muda sebelum tepi berombak
.
Cendawan suam sebelum pek
  • Sejukkan dulu baru bungkus dalam plastic
.
Cendawan lembap

  • Cendawan disimpan terlalu lama
.
Bintik-bintik kuning pada cendawan
  • Serangan bakteria---periksa kelembapan dan rumah cendawan 80-85% 

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails