Sabtu, April 13, 2013

Hala tuju industri cendawan di Malaysia




Faedah pusat pembangunan cendawan


  • Meningkatkan bilangan usahawan yang terlibat dalam industri cendawan
  • Menambahkan pendapatan usahawan cendawan yang terlibat dengan pengunaan teknologi yang dikenalpasti mampu meningkatkan kualiti cendawan
  • Meningkatkan pengeluaran hasil untuk pasaran tempatan dan eksport cendawan serta mengurangkan kadar import cendawan
  • Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang berdekatan kawasan projek cendawan
  • Menggalakkan pembangunan industri hiliran dan industri yang berkaitan dengan indusrti cendawan seperti industri-industri pengeluaran makanan, farmaseutikal, pelancongan pertanian, pengangkutan dan pembungkusan
  • Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani meletakkan cendawan di bawah kategori tanaman industri supaya lebih banyak peluang dan insentif boleh diberikan kepada usahawan tani /syarikat yang terlibat

Sebagai sumber pertumbuhan baru bagi sektor pertanian, industri cendawan lebih berdaya saing dan produktif amat diperluaskan supaya Negara boleh beranjak daripada kedudukan semasa menjadi pengeksport dan kurang mengimport.

Penyelidikan dan pembangunan juga diberikan lebih tumpuan oleh Kerajaan dan agensi demi untuk memperhebatkan lagi industri cendawan di Malaysia.

Hala Tuju Industri Cendawan dipetik daripada Buletin Peladang

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails